Sikap guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 100 orang guru prasekolah di Zon Pantai Barat Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inf...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | ms ms |
| Published: |
Kementerian Pendidikan Malaysia
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33254/1/Sikap%20guru%20prasekolah%20terhadap%20pelaksanaan%20pendidikan%20inklusif.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33254/2/Sikap%20guru%20prasekolah%20terhadap%20pelaksanaan%20pendidikan%20inklusif%20_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33254/ https://www.moe.gov.my/menumedia/media-cetak/penerbitan/jurnal/3146-jurnal-penyelidikan-pendidikan-jilid-20-tahun-2019/file |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap guru prasekolah terhadap pelaksanaan pendidikan inklusif. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 100 orang guru prasekolah di Zon Pantai Barat Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science version 25.0). Berdasarkan analisis deskriptif, dapatan kajian ini menunjukkan sikap guru prasekolah secara keseluruhan didapati mempunyai sikap neutral (M=2.7311, SD=.5632). Guru prasekolah juga lebih bersikap neutral bagi dimensi tingkah laku (M=3.0783, SD=1.0658) berbanding dengan dimensi kognitif (M=3.0683, SD= .6063) Walau bagaimanapun, dimensi afektif, guru prasekolah bersikap negatif (M=2.0467, SD=.6890.). Ujian-t dan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan sikap guru prasekolah yang signifikan berdasarkan jantina tetapi tidak signifikan untuk pengalaman mengajar. |
|---|
