Prospek pengajaran dan pembelajaran online sepanjang tempoh PKP pandemik covid-19 di Sandakan

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah satu proses rutin dalam kancah Pendidikan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menuntut ilmu pengetahuan. Implementasi proses pengajaran ini perlu diteruskan dalam apa jua situasi yang melanda bagi melahirkan generasi terbilang pada masa akan datang. Walaup...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Saifulazry Mokhtar, Kasoma Thia, Irma Wani Othman, Mohd Maziz al-Hadi
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Kementerian Pendidikan Malaysia 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33103/2/Prospek%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20online%20sepanjang%20tempoh%20PKP%20pandemik%20covid-19%20di%20Sandakan.abstarct.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33103/1/Prospek%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20Online%20Sepanjang%20Tempoh%20PKP%20Pandemik%20Covid-19%20di%20Sandakan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/33103/
https://www.researchgate.net/publication/354400072_Prospek_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Online_Sepanjang_Tempoh_PKP_Pandemik_Covid-19_di_Sandakan_-_Dr_Saifulazry_Mokhtar
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah satu proses rutin dalam kancah Pendidikan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menuntut ilmu pengetahuan. Implementasi proses pengajaran ini perlu diteruskan dalam apa jua situasi yang melanda bagi melahirkan generasi terbilang pada masa akan datang. Walaupun pada ketika ini seluruh negara menggalami kesan pandemik Covid-19, namun proses Pengajaran dan Pembelajaran tetap diteruskan menerusi kaedah online. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau prospek Pengajaran dan Pembelajaran Online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pandemik Covid-19 di Sandakan, Sabah. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti cabaran dan halangan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Online ketika fenomena Covid-19 di Sandakan dalam kalangan guru dan ibu bapa. Justeru, kajian ini turut menjustifikasi signifikan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Online sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika berlakunya penularan Covid-19 bagi pelajar-pelajar yang kekal di rumah dalam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disarankan oleh kerajaan Malaysia. Walaupun kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) normal berlaku dalam bilik darjah, namun dalam menangani virus ini kaedah PdPc perlu diubah selaras dengan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Saranan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), walaupun dalam tempoh PKP proses PdP bagi pelajar perlu diteruskan dengan berbantukan Teknologi Maklumat. Pengumpulan data lapangan dijalankan menggunakan metode kualitatif iaitu temu bual. Dengan berbantukan hasil kajian ini, pihak KPM dapat mencari resolusi terbaik bagi memastikan proses Pengajaran dan Pembelajaran untuk semua pelajar dapat diteruskan sekalipun negara menggalami pandemik Covid-19 ataupun pandemik lain yang bakal datang.