Kesan Pandemik Covid-19 Terhadap Perniagaan Makanan Tradisi Yang Diusahakan Oleh Usahawan Pks Dan Bantuan Kerajaan Yang Diperlukan Semasa Pandemik Covid-19 Di Kota Kinabalu, Sabah

Di Malaysia, makanan tradisi melambangkan satu identiti budaya dalam satu masyarakat. Malah, pelancong yang datang mengagumi keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang dimasak oleh pelbagai kaum di Malaysia. Makanan tradisi merupakan salah satu sumber pendapatan yang diusahakan oleh penduduk tem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rima Abdul Rahman, Harifah Mohd Noor
Format: Article
Language:en
en
Published: Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, UMS 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32674/1/Kesan%20Pandemik%20Covid-19%20Terhadap%20Perniagaan%20Makanan%20Tradisi%20Yang%20Diusahakan%20Oleh%20Usahawan%20Pks%20Dan%20Bantuan%20Kerajaan%20Yang%20Diperlukan%20Semasa%20Pandemik%20Covid-19%20Di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32674/2/Kesan%20Pandemik%20Covid-19%20Terhadap%20Perniagaan%20Makanan%20Tradisi%20Yang%20Diusahakan%20Oleh%20Usahawan%20Pks%20Dan%20Bantuan%20Kerajaan%20Yang%20Diperlukan%20Semasa%20Pandemik%20Covid-19%20Di%20Kota%20Kinabalu%2C%20Sabah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32674/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/3654
https://doi.org/10.51200/ejk.vi.3654
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Di Malaysia, makanan tradisi melambangkan satu identiti budaya dalam satu masyarakat. Malah, pelancong yang datang mengagumi keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang dimasak oleh pelbagai kaum di Malaysia. Makanan tradisi merupakan salah satu sumber pendapatan yang diusahakan oleh penduduk tempatan di Malaysia. Namun, kehadiran wabak Corona Virus Diseases atau lebih dikenali sebagai COVID-19 telah melumpuhkan ekonomi negara Malaysia dan telah memberikan impak kepada para pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) makanan tradisi. Bagi mengekalkan keuntungan mereka dalam perniagaan, pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan agar dapat memutuskan penularan wabak COVID-19 seperti Pelaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengehadkan pergerakan dan aktiviti ekonomi rakyat. Analisis kuantitatif dan kualitatif telah digunakan untuk menganalisis data 30 responden. Lokasi kajian ini dijalankan di daerah Papar, Sabah. Hasil kajian mendapati bahawa kesan yang paling mempengaruhi pengusaha PKS adalah kesan semasa pergerakan PKP (skor min purata 3.46), kesan terhadap lokasi strategik (skor min purata 2.44). Namun, bantuan daripada pihak kerajaan yang sangat diperlukan oleh pengusaha PKS adalah pakej rangsangan ekonomi prihatin (min=3.93), diikuti dengan mengambil pelbagai bantuan kerajaan (min=3.76). Walau bagaimanapun, tidak semua pengusaha PKS makanan tradisi mendapat bantuan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk memohon bantuan. Oleh itu, kajian ini melihat sejauhmana penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada pemasaran makanan tradisi dan apakah langkah yang diperlukan oleh pengusaha PKS daripada pihak kerajaan. Penemuan kajian ini akan membantu pihak kerajaan untuk meningkatkan lagi bantuan kepada pengusaha PKS, terutamanya dalam memberikan kelonggaran syarat kepada pengusaha PKS (makanan tradisi) untuk membuat permohonan agar dapat memperoleh bantuan daripada pihak berkuasa.