Implikasi kejatuhan wilayah sungai Mengkabong pada tahun 1898

Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti sejarah wilayah Sungai Mengkabong di Borneo Utara. Implikasi kejatuhannya telah menyebabkan kewujudan geran tanah Karambunai. Hal ini bermula dengan Perjanjian Konsesi Borneo Utara pada 29 Disember 1877 antara Sultan Brunei dan Pengiran Temenggung dengan Gus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatmah Sidek, Bilcher Bala
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32438/1/Implikasi%20kejatuhan%20wilayah%20sungai%20Mengkabong%20pada%20tahun%201898.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32438/2/Implikasi%20kejatuhan%20wilayah%20sungai%20Mengkabong%20pada%20tahun%201898.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32438/
https://drive.google.com/file/d/1DESdAdifXAZAmoMVxre7GA-dpr4_9lLO/view
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk meneliti sejarah wilayah Sungai Mengkabong di Borneo Utara. Implikasi kejatuhannya telah menyebabkan kewujudan geran tanah Karambunai. Hal ini bermula dengan Perjanjian Konsesi Borneo Utara pada 29 Disember 1877 antara Sultan Brunei dan Pengiran Temenggung dengan Gustavus Baron de Overbeck. Namun, Mengkabong adalah berstatus Tulin dan terkecuali daripada perjanjian konsesi tersebut. Justeru itu, Mengkabong mengekalkan pentadbiran sendiri atau bebas daripada pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Walau bagaimanapun, ekoran daripada serangan Paduka Mat Salleh ke atas stesen SBUB di Pulau Gaya pada tahun 1897, telah menyebabkan Mengkabong dipajakkan kepada SBUB melalui Perjanjian Pajakan 1898. Kewujudan Karambunai telah menjadi isu tuntutan yang kontroversial di antara beberapa pewaris dan berlarutan sehingga ke hari ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berasaskan sumber primer berbentuk manuskrip dan dokumen rasmi seperti surat wasiat Sultan Brunei (1851), geran tanah WCL No 228 (1905), surat perjanjian pajakan Brunei-SBUB (1877-1898) yang diperolehi dari Arkib Negeri Sabah, Pusat Sejarah Brunei dan koleksi dokumen persendirian. Dapatan kajian ini sangat penting untuk dijadikan rujukan bagi memahami penjajahan Borneo Utara, khususnya Mengkabong oleh SBUB, dan punca isu hak pemilikan Karambunai.