Bekerja dari rumah (BDR): Profil dan prestasi pekerja semasa covid-19

Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perubahan yang dramatik dalam isu pekerjaan dan bagaimana kesimnambungan pekerjaan dapat dilaksanakan. Ini telah mendesak kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyekat penularan COVID-19 di Malaysia. Pengaturan kerja fleksibel me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Roslinah Mahmud, Khairul Hanim Pazim, Lim, Fui Yee Beatrice, Noor Fzlinda Fabeil, Kasim Mansur, Zaiton Osman
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Faculty of Business, Economics and Accountancy 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32207/1/Bekerja%20dari%20rumah%20%28Bdr%29%2C%20Profil%20dan%20prestasi%20pekerja%20semasa%20covid-19.ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32207/2/Bekerja%20Dari%20Rumah%20%28Bdr%29%2C%20Profil%20Dan%20Prestasi%20Pekerja%20Semasa%20Covid-19.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32207/
https://www.ums.edu.my/fpep/New%20Folder%201/PROCEEDINGS_OF_3RD_INTERNATIONAL_CONFERENCE_ON_ECONOMICS_ICE2021_.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak perubahan yang dramatik dalam isu pekerjaan dan bagaimana kesimnambungan pekerjaan dapat dilaksanakan. Ini telah mendesak kerajaan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) demi menyekat penularan COVID-19 di Malaysia. Pengaturan kerja fleksibel membolehkan pekerja bekerja dari rumah (BDR) sebagai satu bentuk kesinambungan kerja pada masa krisis terutamanya semasa COVID-19 dan PKP. BDR secara amnya adalah terpakai kepada majikan dan pekerja semasa berlakunya pandemik COVID-19. BDR juga dilihat sebagai salah satu satu langkah bijak untuk mengurangkan penularan pandemik COVID-19 dengan menyekat interaksi fizikal di tempat kerja. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan di antara profil atau latarbelakang demografi pekerja yang dapat mempengaruhi prestasi bekerja dari rumah (BDR) semasa situasi COVID-19 di kalangan pekerja sektor awam di Tawau dan Semporna Sabah. Kajian ini menggunakan data primer berdasarkan soal selidik berstruktur untuk mengetahui hubungan antara profil responden dengan prestasi kerja semasa BDR secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa profil responden seperti daerah, gender, umur, status perkahwinan, jawatan, Kawasan tempat tinggal, anak dan pengalaman kerja boleh mempengaruhi persepsi tentang prestasi kerja BDR di Tawau dan Semporna, Sabah semasa pandemik COVID-19. Penemuan ini diharap dapat menambah kajian literatur lalu mengenai hubungan profil dan prestasi pekerja semasa BDR. Kerajaan dan majikan harus mengambil pelbagai langkah untuk mendorong pekerja tetap mempunyai prestasi yang tinggi semasa BDR demi kesimnambungan pekerjaan dalam norma baru COVID-19.