Kaedah pengajaran sejarah yang diminati pelajar dan justifikasinya
Kaedah pengajaran merupakan elemen penting dalam merangsang minat seterusnya pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran Sejarah yang dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan sejak dahulu lagi. Jesturu itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti kae...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | ms ms |
| Published: |
Secholian Publication
2018
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32119/2/Kaedah%20pengajaran%20sejarah%20yang%20diminati%20pelajar%20dan%20justifikasinya_ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32119/1/Kaedah%20pengajaran%20sejarah%20yang%20diminati%20pelajar%20dan%20justifikasinya.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/32119/ https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/92/77 https://doi.org/10.47405/mjssh.v3i2.92 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kaedah pengajaran merupakan elemen penting dalam merangsang minat seterusnya pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, lebih-lebih lagi bagi mata pelajaran Sejarah yang dianggap sebagai mata pelajaran yang membosankan sejak dahulu lagi. Jesturu itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti kaedah pengajaran yang diminati oleh para pelajar pra universiti khususnya pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah dan sebab-sebab yang mendorong pelajar meminati kaedah tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang menggabungkan dua kaedah yang utama iaitu temu bual dan pemerhatian. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada empat orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di daerah Kota Kinabalu. Dapatan kajian ini dapat dilihat dari tema utama kajian yang wujud iaitu kaedah pelajar minati serta justifikasi pemilihan kaedah tersebut dikalangan pelajar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan wujud kepelbagaian kaedah para pelajar minati iaitu kaedah pembentangan, sesi soal jawab, Gallery Walk dan perbahasan. Seterusnya, selain dapat memupuk pelbagai kemahiran baru, meningkatkan motivasi, minat seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar merupakan justifikasi yang diberikan para pelajar terhadap pemilihan kaedah di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, guru berperanan penting memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. |
|---|
