Analisis faktor terpenting yang mempengaruhi corak hubungan Malaysia-Australia era Mahathir Mohamad, 1981–2003

Hubungan diplomatik Malaysia-Australia telah terjalin seawal 1955 apabila pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia ditubuhkan di Kuala Lumpur dan dimeterai secara rasmi apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedua-dua negara ini telah bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti pertahanan,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rizal Zamani Idris, Asmady Idris
Format: Article
Language:ms
ms
Published: Penerbit USM 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31977/2/Analisis%20faktor%20terpenting%20yang%20mempengaruhi%20corak%20hubungan%20Malaysia-Australia%20era%20Mahathir%20Mohamad%2C%201981%E2%80%932003_ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31977/1/Analisis%20faktor%20terpenting%20yang%20mempengaruhi%20corak%20hubungan%20Malaysia-Australia%20era%20Mahathir%20Mohamad%2C%201981%E2%80%932003.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31977/
http://web.usm.my/kajh/vol28_2_2021/kajh28022021_03.pdf
https://doi.org/10.21315/kajh2021.28.2.3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hubungan diplomatik Malaysia-Australia telah terjalin seawal 1955 apabila pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia ditubuhkan di Kuala Lumpur dan dimeterai secara rasmi apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Kedua-dua negara ini telah bekerjasama dalam pelbagai bidang seperti pertahanan, pendidikan, perdagangan dan lain-lain. Malah, Australia menganggap Malaysia sebagai sekutu paling rapat di rantau ini. Sungguhpun begitu, hubungan ini mula berubah apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981–2003). Hubungan bilateral Malaysia-Australia telah diuji dengan beberapa isu kontroversi. Isu-isu tersebut telah mempengaruhi hubungan Malaysia dan Australia namun tidaklah menjejaskan hubungan dua hala secara keseluruhannya. Kajian ini menganalisis faktor terpenting yang telah mempengaruhi corak dan karakter hubungan Malaysia dan Australia era Mahathir. Faktor terpenting ini dibahagikan kepada dua: faktor “pengeruh” (souring factor) dan faktor “pengukuh” (enduring factor). Metodologi kajian adalah berdasarkan gabungan perbincangan menggunakan teori English School, pemerolehan data secara analisis dokumen dan temu bual. Pada akhir kajian ini, penulis mendapati bahawa corak hubungan Malaysia dan Australia pada era Mahathir dapat difahami dan dijelaskan dengan baik melalui perspektif yang diutarakan oleh teori English School. Oleh yang demikian, hal inilah yang menjadi sumbangan utama makalah ini dalam kajian hubungan Malaysia-Australia di bawah kepimpinan Mahathir.