Percaya terhadap pasangan: Definisi menurut pendekatan interpretative phenomenological analysis (IPA)

Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surianti Lajuma, Chua Bee Seok, Agnes Sombuling, Ferlis Bullare @ Bahari
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31603/1/Percaya%20terhadap%20pasangan%2C%20Definisi%20menurut%20pendekatan%20interpretative%20phenomenological%20analysis%20%28IPA%29-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31603/2/PERCAYA%20TERHADAP%20PASANGAN%2C%20DEFINISI%20MENURUT%20PENDEKATAN%20INTERPRETATIVE%20PHENOMENOLOGICAL%20ANALYSIS%20%28IPA%29.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31603/
http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti definisi percaya terhadap pasangan yang mana ianya berfokus kepada perhubungan dalam perkahwinan. Kajian ini melibatkan seramai 17 orang subjek lelaki dan perempuan yang telah berkahwin bagi tempoh kurang daripada 10 tahun. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan metod Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji pengalaman sebenar subjek kajian berkaitan isu yang dikaji. Penyelidik telah menjalankan sesi temubual secara mendalam kepada semua subjek kajian bagi mendapatkan data. Analisis data dijalankan mengikut metod IPA daripada Smith, Flowers, & Larkin (2010). Keputusan kajian telah menghasilkan lima (5) tema berkaitan dengan definisi percaya terhadap pasangan dalam perhubungan iaitu 1) Kebebasan, 2) Keyakinan, 3) Harapan 4) Komunikasi dan 5) Ikatan Sosial. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan.