Pengalaman berhadapan dengan bencana banjir di Manek Urai, Kelantan

Musibah banjir luar biasa pada penghujung tahun 2014 berlanjutan sehingga awal tahu 2015 telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda, ekologi malah menyebabkan masalah psikologikal dalam kalangan mangsa banjir. Berdasarkan rekod dari Majlis Keselamatan Negara (2015), jumlah mangsa banjir di selur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Dahlan A. Malek, Ferlis Bahari, Ida Shafinaz Mohamed Kamil, Nurul Auni
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31552/5/Pengalaman%20berhadapan%20dengan%20bencana%20banjir%20di%20Manek%20Urai%2C%20Kelantan-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31552/2/Pengalaman%20Berhadapan%20Dengan%20Bencana%20Banjir%20Di%20Manek%20Urai%2C%20Kelantan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31552/
http://eprints.umbjm.ac.id/1126/1/ProsidingSPK-III2016.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Musibah banjir luar biasa pada penghujung tahun 2014 berlanjutan sehingga awal tahu 2015 telah menyebabkan banyak kerosakan harta benda, ekologi malah menyebabkan masalah psikologikal dalam kalangan mangsa banjir. Berdasarkan rekod dari Majlis Keselamatan Negara (2015), jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencecah bilangan 541,896 orang seluruh negara dan rekod mangsa tertinggi dicatatkan di negeri Kelantan. Kemusnahan teruk secara realiti ini dapat dilihat dengan mata kasar, akan tetapi terdapat persoalan-persoalan yang menjadi tanda tanya antaranya sejauh manakah persediaan mereka aspek fizikal dan mental dalam menghadapi musibah yang menimpa ini? Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui pengalaman mangsa dalam berhadapan dengan bencana banjir. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah temubual untuk mengetahui dengan mendalam pengalaman mereka berhadapan dengan bencana banjir. Seramai 29 orang responden kajian yang berada di lokasi sekitar Manek Urai termasuk Kg. Manek Urai Baru dan Kg. Manek Urai Lama, Kuala Krai, Kelantan telah ditemuramah. Responden kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan bertujuan. Hasil analisis menunjukkan terdapat beberapa tema utama yang terbina iaitu (i) perasaan (ii) reaksi psikososial, (iii) strategi daya tindak dan (iv) ketahanan diri. Hasil dapatan ini juga menunjukkan rata-rata responden memberikan respon mengenai konsep keagamaan dalam mengatasi permasalahan dalam menghadapi bencana banjir.