Identiti budaya: dalam konteks kuih tradisional etnik Brunei di Sabah

Kearifan produk kuih tradisional dalam komuniti etnik Brunei diserlahkan melalui warisan turun-temurun yang amat tinggi nilainya. Pembuatan kuih-muih tradisi amat berkait rapat dengan perlakuan budaya atau upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian dalam et...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Surayah Hj Bungsu, Musnin Misdih, Dayang Damit @ Saidah Mohd Yassin
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31537/1/Identiti%20budaya.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31537/2/Identiti%20budaya1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31537/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jobsts/article/view/2158
https://doi.org/10.51200/jobsts.v0i0.2158
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kearifan produk kuih tradisional dalam komuniti etnik Brunei diserlahkan melalui warisan turun-temurun yang amat tinggi nilainya. Pembuatan kuih-muih tradisi amat berkait rapat dengan perlakuan budaya atau upacara adat seperti keramaian, kenduri-kendara, perkahwinan, kelahiran atau kematian dalam etnik Brunei. Keunikan kuih tradisi dalam konteks budaya Brunei adalah akibat pemikiran yang inovatif sehingga terjelmanya kuihmuih tradisi dalam pelbagai fungsi dan bentuk yang menjelaskan jati diri dan identiti budaya. Kajian ini dijalankan untuk menyingkap identiti budaya yang menjurus kepada pembuatan kuih-muih tradisional bagi etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kuih-muih tradisi yang dimaksudkan terdiri daripada Kuih jalurut, kuih tilapam, kuih lamban udang, kuih tapai, katupat lapas dan bikang. Kajian ini melibatkan dua buah perkampungan etnik Brunei iaitu di Kampung Weston dan Kampung Lubuk yang terletak di daerah Beaufort, Sabah. Kajian ini menggunakan teknik visualisasi dan membincangkan beberapa elemen estetika seperti reka bentuk pembungkusan, bahan pembuatan dan kaedah pembungkusan. Setiap elemen yang dibincangkan dapat menjelaskan peranan kuih-muih tradisi dalam konteks identiti adat dan budaya etnik Brunei di Daerah Beaufort. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan data-data kajian daripada lapangan melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan penglibatan turut serta oleh pengkaji. Informan yang terlibat dipilih berdasarkan tahap usia, kepakaran dan pengalaman mereka dalam pembuatan kuih-muih tradisional serta mereka yang arif tentang adat dan upacara budaya etnik Brunei. Kajian ini mendapati bahawa kerencaman pembuatan kuih tradisi memaparkan identiti, nilai estetika dan budaya sebagai khazanah yang perlu dipelihara.