Hubungan efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih Universiti Malaysia Sabah
Spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesihatan fizikal, psikologi dan perkembangan individu seperti identiti, pandangan alam, pengurusan stres dan sebagainya. Bagaimanapun, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan kaunselor pelatih tidak kompeten dalam mengintegrasikan pengeta...
Saved in:
| Summary: | Spiritual mempunyai hubungan yang positif terhadap kesihatan fizikal, psikologi dan perkembangan individu seperti identiti, pandangan alam, pengurusan stres dan sebagainya. Bagaimanapun, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan kaunselor pelatih tidak kompeten dalam mengintegrasikan pengetahuan spiritual dalam sesi kaunseling. Kajian-kajian berkenaan kaunseling spiritual telah banyak dilakukan di luar negara akan tetapi kajian dalam negara Malaysia berkenaan topik ini adalah kurang dan terhad. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan di antara efikasi kendiri kaunseling dan kompetensi kaunseling spiritual dalam kalangan kaunselor pelatih. Efikasi kendiri kaunseling dipilih sebagai salah satu faktor atas cadangan para pengkaji yang lain. Reka bentuk kajian kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik melibatkan kaunselor pelatih di Universiti Malaysia Sabah. |
|---|
