Perjanjian Malaysia 1963: kerangka perundangan dalam gagasan Malaysia dan proses dekolonialisasi Sabah dan Sarawak

Sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia sememangnya mempunyai hubungan simbiotik dengan kemerdekaan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. Ini kerana perisytiharan Persekutuan Malaysia pada tanggal 16 Haribulan September tahun 1963 tidak akan dapat direalisasikan tanpa penyertaan kedua-d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: A Rahman Tang Abdullah, Bilcher Bala, Pandikar Amin Mulia
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31198/1/Perjanjian%20Malaysia%201963.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31198/2/Perjanjian%20Malaysia%2019631.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31198/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/JBA/article/view/1974/1352
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia sememangnya mempunyai hubungan simbiotik dengan kemerdekaan dua buah negeri di Borneo, iaitu Sabah dan Sarawak. Ini kerana perisytiharan Persekutuan Malaysia pada tanggal 16 Haribulan September tahun 1963 tidak akan dapat direalisasikan tanpa penyertaan kedua-dua buah negeri tersebut berserta Singapura.Namun begitu, dari segi perundangan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah mula berkuatkuasa pada tarikh tersebut sebenarnya merupakan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957, bukannya satu perlembagaan baharu. Ini bermakna Persekutuan Malaysia bukanlah satu entitibaru tapi sebenarnya merupakan penambahan keluasan Persekutuan Tanah Melayu melalui percantuman Sabah dan Sarawak kepadanya. Status quo ini yang didasarkan kepada kerangka perundangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia telah juga diperakukan keabsahannya di bawah perundangan antarabangsa apabila ia diiktiraf oleh PBB. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan untuk membincangkan kerangka perundangan dalam Gagasan Malaysia yang diaplikasikan kepada proses dekolonialisasi yang membawa kepada kemerdekaan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963. Perbincangan ini akan merujuk kepada provisi yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dokumen lain yang berkaitan dengannya.