Faktor Situasi Keluarga dan Hubungannya dengan Penghargaan Kendiri dalam kalangan Pelajar Bermasalah

Objektif kajian adalah untuk meneliti faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di Pedalaman Pantai Timur Sabah. Kaedah tinjau selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai reka bentuk ka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudani Md. Nawi, Anuar Din, Puteri Hayati Megat Ahmad
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30650/1/Faktor%20Situasi%20Keluarga%20dan%20Hubungannya%20dengan%20Penghargaan%20Kendiri%20dalam%20kalangan%20Pelajar%20Bermasalah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30650/2/Faktor%20Situasi%20Keluarga%20dan%20Hubungannya%20dengan%20Penghargaan%20Kendiri%20dalam%20kalangan%20Pelajar%20Bermasalah1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30650/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/bije/article/view/1776
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Objektif kajian adalah untuk meneliti faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di Pedalaman Pantai Timur Sabah. Kaedah tinjau selidik telah digunakan dalam kajian ini sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan jenis pensampelan bertujuan. Terdapat 494 orang pelajar terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 349 terdiri pelajar lelaki dan seramai 145 adalah pelajar perempuan. Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) yang dibangunkan oleh Beck (1991) merupakan instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur kebergantungan pelajar manakala alat kajian Rosenberg Self–Esteem (RSE) (Rosenberg, 1965) digunakan bagi mengukur penghargaan kendiri. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) - Windows 18.0. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Hasil kajian mempamerkan penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar yang bermasalah adalah berada pada tahap sederhana iaitu 69.2%. Di samping itu, hasil ANOVA Sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi penghargaan kendiri berdasarkan pendapatan F (6,487) =2.94, p< 0.05). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat korelasi yang signifikan antara faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri (r = .22, p <0.05). Namun begitu, dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat korelasi yang signifikan bagi faktor situasi keluarga (kawalan dan keperihatinan sosial) dengan penghargaan kendiri. Implikasi kajian ini menjelaskan pelajar–pelajar yang bermasalah ini harus diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama dengan menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling berkala supaya mereka mempunyai peluang yang sama dengan pelajar lain dalam membentuk jati diri yang lebih mencerlah.