Kesejahteraan hidup dalam kalangan gelandangan

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka main concern dalam kalangan gelandangan yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai tujuh orang gelandangan yang berumur antara 33 tahun hingga 64 tahun dipilih menjadi peserta kajian. Pengkaji menggunakan teknik temu bual bagi men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Faheem Mohd Dahlan, Muhammad Idris Bullare @ Bahari
Format: Article
Language:en
en
Published: Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial UMS 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30638/1/Kesejahteraan%20hidup%20dalam%20kalangan%20gelandangan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30638/2/Kesejahteraan%20hidup%20dalam%20kalangan%20gelandangan1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30638/
http://jpsiks.cseap.edu.my/index.php/journal/search_journal?search_type=volume&searchj=vol%201
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka main concern dalam kalangan gelandangan yang tinggal di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Seramai tujuh orang gelandangan yang berumur antara 33 tahun hingga 64 tahun dipilih menjadi peserta kajian. Pengkaji menggunakan teknik temu bual bagi mendapatkan data secara kualitatif. Protokol telah dibina berdasarkan isu yang telah dihadapi oleh golongan gelandangan. Tempoh masa pelaksanaan temu bual antara satu jam hingga dua jam. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Kajian mendapati main concern gelandangan adalah kesejahteraan. Terdapat tiga aspek kesejahteraan, iaitu kualiti hidup, emosi dan kebahagiaan. Selain itu, kajian mendapati terdapat tiga faktor yang mempunyai kaitan dengan kesejahteraan gelandangan, iaitu kesihatan fizikal, tekanan hidup dan penerimaan. Sementara itu tiga cabaran yang dihadapi oleh golongan gelandangan ini, iaitu pergantungan, hilang hala tuju dan tempat perlindungan. Akhir sekali, dapatan menunjukkan terdapat empat bentuk sumber sokongan sosial yang diterima oleh golongan gelandangan ini iaitu daripada pihak badan bukan kerajaan, kerajaan, individu dan rakan. Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran awal mengenai isu kesejahteraan dalam kalangan gelandangan. Implikasi dan cadangan kajian turut dibincangkan.