Persembahan tarian panangsang dalam ritual penyembuhan masyarakat Bajau Laut

Masyarakat Bajau Laut di daerah Semporna mempunyai pelbagai jenis upacara ritual termasuk ritual penyembuhan yang menjadi pegangan turun-temurun kehidupan bermasyarakat mereka. Keharmonian dan keseimbangan terhadap alam ghaib menjelaskan hubungan kukuh masyarakat ini terhadap kuasa magis dan unsur s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yeon Amsalie @ Amsalib Pisali, Sharifuddin Zainal, Humin Jusilin, Mestrah Lauk
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30589/1/Persembahan%20tarian%20panangsang%20dalam%20ritual%20penyembuhan%20masyarakat%20Bajau%20Laut.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30589/2/Persembahan%20tarian%20panangsang%20dalam%20ritual%20penyembuhan%20masyarakat%20Bajau%20Laut1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30589/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/GA/article/view/1051
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Bajau Laut di daerah Semporna mempunyai pelbagai jenis upacara ritual termasuk ritual penyembuhan yang menjadi pegangan turun-temurun kehidupan bermasyarakat mereka. Keharmonian dan keseimbangan terhadap alam ghaib menjelaskan hubungan kukuh masyarakat ini terhadap kuasa magis dan unsur semangat roh yang mencetuskan kreativiti dan keupayaan luar biasa bagi menghasilkan falsafah budaya masyarakat yang bersifat tabu. Sehubungan itu, makalah ini mengkaji elemen persembahan tarian yang menjadi penghubung antara dunia realiti dan dunia ghaib dengan menumpukan struktur persembahan pada peringkat menurun yang dikenali sebagai persembahan Panangsang dalam pelaksanaan ritual yang dilakukan. Hal ini berkaitan dengan strukur persembahan yang melibatkan fenomena dalam ruang dan masa, meliputi alam fizikal dan alam ghaib serta kedudukan manusia dalam ruang menurun tersebut. Penelitian ini menggunakan kaedah kualitatif yang memiliki perincian interpretasi. Pengumpulan data adalah berdasarkan observasi dalam kajian lapangan dan temu bual untuk mendapatkan maklumat secara terperinci yang telah dijalankan dalam kalangan masyarakat Bajau Laut yang menetap di Kampung Gelam-Gelam, Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah. Hasil analisis menunjukkan keseimbangan dan keharmonian masyarakat ini terhadap alam nyata dan alam ghaib adalah sangat penting untuk menjamin kesejahteraan hidup mereka.