Kehormatan dan maruah dalam ngayau ii karya Amil Jaya

Kehormatan atau harga diri menjadi intipati utama yang cuba dipaparkan oleh Amil Jaya dalam novel Ngayau II. Novel ini merupakan novel keempat yang ditulis oleh Amil Jaya atau Ismail Abbas selepas Cerah, Ngayau dan Bagaton. Ngayau II terbit pada tahun 2015 merupakan rentetan kisah ngayau yang berlak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rosmah Derak, Asmiaty Amat, Nor Ain Manap
Format: Article
Language:en
en
Published: Penerbit UMS 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30425/1/Kehormatan%20dan%20maruah%20dalam%20ngayau%20ii%20karya%20Amil%20Jaya.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30425/2/Kehormatan%20dan%20maruah%20dalam%20ngayau%20ii%20karya%20Amil%20Jaya1.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30425/
https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/jkob/article/view/2518
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kehormatan atau harga diri menjadi intipati utama yang cuba dipaparkan oleh Amil Jaya dalam novel Ngayau II. Novel ini merupakan novel keempat yang ditulis oleh Amil Jaya atau Ismail Abbas selepas Cerah, Ngayau dan Bagaton. Ngayau II terbit pada tahun 2015 merupakan rentetan kisah ngayau yang berlaku di Sarawak tetapi latarnya lebih memfokuskan tradisi ngayau yang berlaku di Sabah suatu masa dahulu. Makalah ini menggunakan kaedah analisis teks menggunakan pendekatan kehormatan oleh Ali Jarishah (1990). Menurut Ali Jarishah, terdapat tujuh jenis kehormatan, iaitu kehormatan darah, harta benda, maruah, perpecahan, kezaliman, wanita dan amanah. Berdasarkan kajian ini, didapati terdapat empat jenis kehormatan yang terdapat dalam novel ini, iaitu kehormatan mempertahankan darah (nyawa), kehormatan harta benda, kehormatan mempertahankan maruah serta kehormatan wanita. Masyarakat peribumi khususnya etnik Bajau berusaha untuk mempertahankan kehormatan dan maruah mereka daripada diganggu gugat oleh lanun dan etnik Dayak yang sering mengganggu ketenteraman kampung mereka.