Ruang hijau sebagai landskap terapeutik komuniti bandar Kota Kinabalu dari perspektif geografi penjagaan kesihatan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan manusia bukan sahaja dirujuk kepada penyakit atau kelemahan fizikal seseorang tetapi juga merujuk kepada keadaan mental, psikologi, dan kebajikan sosial individu. Oleh itu, kawasan bandar seringkali mempromosikan ‘Ruang Hijau’ untuk diberi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rozarina Janin, Colonius Atang
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30403/1/Ruang%20hijau%20sebagai%20landskap%20terapeutik%20komuniti%20bandar%20Kota%20Kinabalu%20dari%20perspektif%20geografi%20penjagaan%20kesihatan-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30403/2/Ruang%20Hijau%20Sebagai%20Landskap%20Terapeutik%20Komuniti%20Bandar%20Kota%20Kinabalu%20Dari%20Perspektif%20Geografi%20Penjagaan%20Kesihatan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30403/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan kesihatan manusia bukan sahaja dirujuk kepada penyakit atau kelemahan fizikal seseorang tetapi juga merujuk kepada keadaan mental, psikologi, dan kebajikan sosial individu. Oleh itu, kawasan bandar seringkali mempromosikan ‘Ruang Hijau’ untuk diberi perhatian kerana ia mampu menjadi landskap penyembuhan kepada komuniti atau individu yang menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit mental. Ia merupakan satu kajian pasca moden dalam geografi melalui tema ‘Therapeutic Landscape’ yang membawa maksud kunjungan ke ruang dan tempat tertentu akan mewujudkan ketenangan kepada jiwa pesakit dan seterusnya meninggikan peluang memperolehi penyembuhan. Penulisan kertas kerja ini adalah untuk melihat bagaimana landskap terapeutik dari perspektif geografi kesihatan dengan menerangkan pandangan secara holistik komuniti bandar di Kota Kinabalu tentang perkaitan antara ruang hijau dengan penyembuhan dan adakah ia memberi pengaruh kesihatan kepada komuniti bandar. Ruang hijau dalam kertas kerja ini adalah merujuk kepada taman rekreasi. Kaedah yang digunakan adalah pemerhatian turut serta di kawasan lapangan dan temubual mendalam dalam kalangan pengunjung taman iaitu seramai enam orang informan. Penemuan menunjukkan bahawa komuniti bandar menyedari akan kepentingan ruang hijau khususnya di kawasan bandar sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan. Kajian ini juga mendapati bahawa majoriti informan mengakui bahawa berada di kawasan ruang hijau serta mendekatkan diri dengan alam semulajadi memberi suatu bentuk perasaan yang tenang dan memperbaiki jiwa yang tidak tenteram selain daripada dijadikan tempat untuk bersenam. Hasil kajian ini menggalakkan lebih banyak pendidikan atau kempen tentang kepentingan ruang hijau sebagai penjagaan kesihatan diperluaskan bagi meningkatkan tahap pengetahuan dan kefahaman komuniti bandar serta alam semulajadi akan dapat terus dilestarikan.