Faktor penentu penglibatan komuniti dalam pembangunan chalet: kajian kes pinggir pantai daerah Marang, Terengganu

Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ruzanna Syamimi Ramli, Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Arnold Samih, Mohd Jirey Kumalah, Johan Johnes, Jemmy Amanda Sipatau, Najwa Musain Musli @Thomas
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30256/1/Faktor%20penentu%20penglibatan%20komuniti%20dalam%20pembangunan%20chalet%2C%20kajian%20kes%20pinggir%20pantai%20Daerah%20Marang%2C%20Terengganu-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30256/2/Faktor%20Penentu%20Penglibatan%20Komuniti%20dalam%20Pembangunan%20Chalet.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30256/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Zon pinggir pantai dan pulau peranginan merupakan salah satu tumpuan utama industri pelancongan terutamanya dalam sektor kemudahan penginapan seperti resort pantai, chalet dan homestay. Pembangunan chalet atau resort pelancongan seiring dengan peredaran masa, bilangan resort ini bertambah apabila berlakunya permintaan percutian yang tinggi daripada pelancong. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor penentu penglibatan komuniti dan perebakan perusahaan chalet di pinggir pantai daerah Marang. Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan iaitu kaedah temu bual bersama komuniti tempatan iaitu penduduk asal Terengganu yang merupakan pengusaha chalet pinggir pantai Marang. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap lokasi dan aktiviti digunakan dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati setiap pengusaha chalet mempunyai faktor penentu yang tersendiri dalam melibatkan diri dalam perusahaan chalet di pecan Marang. Faktor yang paling dominan adalah warisan keluarga. Pembangunan chalet pinggir pantai ini memberikan impak dan membawa perubahan terhadap sosioekonomi serta taraf hidup komuniti tempatan. Dengan itu, penglibatan komuniti yang aktif dan dinamik bukan sahaja sebagai pengusaha malah mereka turut berperanan dalam menggalakkan penglibatan penduduk lain untuk turut serta memajukan pembangunan chalet pinggir pantai di daerah ini.