Ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi di Tenom, Sabah

Pekan Tenom adalah sinonim dengan produk kopi sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di Sabah. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui tentang agropelancongan kopi tersebut. Untuk itu, penelitian terhadap ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Najwa Musain Musli @Thomas, Jabil Mapjabil, Mohamad Pirdaus Yusoh, Arnold Samih, Ruzanna Syamimi Ramli, Mohd Jirey Kumalah, Johan Johnes, Jemmy Amanda Sipatau
Format: Proceedings
Language:en
en
Published: Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, UMS 2019
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30250/1/Ciri%20pengeluaran%20dan%20kepelbagaian%20produk%20berasaskan%20agropelancongan%20kopi%20di%20Tenom%2C%20Sabah-aBSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30250/2/Ciri%20Pengeluaran%20dan%20Kepelbagaian%20Produk%20Berasaskan%20Agropelancongan.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/30250/
https://www.researchgate.net/profile/Oscar-Wong-13/publication/339375906_PROSIDING_SEMINAR_KEBANGSAAN_PASCASISWAZAH_SAINS_SOSIAL_DAN_KEMANUSIAAN/links/5e4e3e78a6fdccd965b402e0/PROSIDING-SEMINAR-KEBANGSAAN-PASCASISWAZAH-SAINS-SOSIAL-DAN-KEMANUSIAAN.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pekan Tenom adalah sinonim dengan produk kopi sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi tarikan agropelancongan yang popular di Sabah. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui tentang agropelancongan kopi tersebut. Untuk itu, penelitian terhadap ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk berasaskan agropelancongan kopi ini adalah relevan dan wajar untuk didokumentasikan untuk pengetahuan umum. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri pengeluaran dan kepelbagaian produk agropelancongan kopi di daerah Tenom, Sabah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menemu bual 15 orang informan yang terdiri daripada lima orang pengurus dan 10 orang pekerja di industri kopi Tenom. Teori pendefinisian agropelancongan adalah diaplikasikan untuk menentukan definisi agropelancongan kopi Tenom berdasarkan tarikan yang ditawarkan. Dapatan kajian menunjukkan pengeluaran jenis kopi adalah berdasarkan kesesuaian iklim yang panas di daerah Tenom. Jenis kopi Robusta dan Arabika merupakan kopi yang sesuai dengan keadaan di daerah tersebut. Pihak pengusaha agropelancongan kopi turut menghasilkan pelbagai jenis perisa kopi. Selain daripada penghasilan produk minuman, agropelancongan kopi Tenom turut menwujudkan tarikan lain seperti kafe, ladang kopi, cabin dan cottage. Sebagai rumusannya, agropelancongan kopi Tenom mempunyai potensi yang besar untuk terus membangun bagi mempromosikan ia sebagai destinasi agropelancongan yang berdaya saing sekali gus mampu meningkatkan pendapatan di samping memberi manfaat sampingan kepada komuniti setempat.