Watak Dewi Kumang dalam Entelah (teka-teki) Iban: Interpretasi makna kuasa sakti

Masyarakat Iban merupakan antara etnik di Sarawak yang sangat kaya dengan kesusasteraan lisannya. Antara sastera lisan yang sangat terkenal dalam kalangan mereka ialah entelah atau teka-teki. Entelah merupakan satu bentuk sastera lisan yang kaya dengan simbol-simbol dalam kandungan penyataannya. Sim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Patricia Ganing, Asmiaty Amat
Format: Article
Language:ms
ms
Published: Penerbit Universiti Malaysia Sabah 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27577/1/Watak%20Dewi%20Kumang%20dalam%20Entelah%20%28teka-teki%29%20Iban_%20interpretasi%20makna%20kuasa%20sakti%20ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27577/2/Watak%20Dewi%20Kumang%20dalam%20Entelah%20%28teka-teki%29%20Iban_%20interpretasi%20makna%20kuasa%20sakti%20FULL%20TEXT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27577/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Iban merupakan antara etnik di Sarawak yang sangat kaya dengan kesusasteraan lisannya. Antara sastera lisan yang sangat terkenal dalam kalangan mereka ialah entelah atau teka-teki. Entelah merupakan satu bentuk sastera lisan yang kaya dengan simbol-simbol dalam kandungan penyataannya. Simbol-simbol inilah antara aspek yang telah membentuk nilai keindahan dalam entelah. Antara simbol yang kerap digunakan dalam entelah ialah watak Dewi Kumang. Dewi Kumang merupakan simbol kuasa sakti dalam kepercayaan masyarakat Iban. Dengan menjabarkan Teori Semiotik Charles Sander Peirce (1965), pengarang telah merungkai interpretasi makna kuasa sakti yang dimiliki oleh Dewi Kumang. Kuasa sakti yang disampaikan menerusi mimpi dipercayai memberikan petanda tertentu kepada masyarakat Iban. Petanda tersebut secara tidak langsung turut mempengaruhi kehidupan masyarakat Iban, termasuklah dalam budaya ngayau (head- hunting) dan perkahwinan.