Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) berdasarkan pendekatan model rasch: kajian rintis
Instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) telah dibina untuk mengukur tahap kemahiran insaniah dalam kalangan murid tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran reka cipta. Kajian rintis ini dijalankan untuk memilih item-item yang sah, adil dan berkualiti. Instrumen IPKIM terdiri daripada...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Proceedings |
| Language: | en en |
| Published: |
Pusat Penataran Ilmu Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
2020
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27457/1/Kesahan%20dan%20kebolehpercayaan%20instrumen%20pentaksiran%20kemahiran%20insaniah%20murid%20%28IPKIM%29%20berdasarkan%20pendekatan%20model%20rasch.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27457/2/Kesahan%20dan%20kebolehpercayaan%20instrumen%20pentaksiran%20kemahiran%20insaniah%20murid%20%28IPKIM%29%20berdasarkan%20pendekatan%20model%20rasch1.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27457/ https://drive.google.com/file/d/1C9yDLG_AHE36SYG3N11iGEcMI7Jl8b-N/view |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Instrumen pentaksiran kemahiran insaniah murid (IPKIM) telah dibina untuk mengukur tahap kemahiran insaniah dalam kalangan murid tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran reka cipta. Kajian rintis ini dijalankan untuk memilih item-item yang sah, adil dan berkualiti. Instrumen IPKIM terdiri daripada 89 item berskala likert dan mempunyai 8 konstruk iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik, dan kemahiran memahami budaya. Instrumen telah ditadbir terhadap 149 orang murid di 5 sekolah menengah di daerah Tawau, Sabah. Model Pengukuran Rasch digunakan untuk mendapatkan kebolehpercayaan, kesahan dan mengetahui kesesuaian itemindividu. Oleh itu, perisian Winsteps versi 4.4.8 digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan kebolehpercayaan responden ialah .97 dan kebolehpercayaan item ialah .94 bagi item berskala Likert. Hasil pemeriksaan kesesuaian item mendapati 89 item adalah infit dan analisis kesemua item yang dibina telah memenuhi ciri- ciri pengukuran sesebuah instrumen. IPKIM dicadangkan digunakan sebagai alat untuk mengukur tahap kemahiran insaniah murid di sekolah menengah. |
|---|
