Keberkesanan kaunseling kelompok terapi integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan : satu kajian perbandingan antara penjara

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif di dalam penulisan ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi tiga integrasi teori dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azahar Che Latiff, Puteri Hayati Megat Ahmad, Wan Anor Wan Sulaiman, Mohd Dahlan A. Malek
Format: Article
Language:en
en
Published: Universiti Malaysia Perlis 2020
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27190/2/Keberkesanan%20kaunseling%20kelompok%20terapi%20integratif%20terhadap%20kemurungan%20dalam%20kalangan%20banduan%2C%20Satu%20kajian%20perbandingan%20antara%20penjara-Abstract.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27190/1/Keberkesanan%20kaunseling%20kelompok%20terapi%20integratif%20terhadap%20kemurungan%20dalam%20kalangan%20banduan%2C%20Satu%20kajian%20perbandingan%20antara%20penjara.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27190/
http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=156893
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan rawatan Terapi Integratif terhadap kemurungan dalam kalangan banduan penjara. Terapi Intergratif di dalam penulisan ini merujuk kepada modul rawatan yang mengandungi tiga integrasi teori dalam suatu proses kaunseling. Ia melibatkan gabungan terapi Person Client Centered (PCC), Rational Emotions Behaviour Therapy (REBT) dan Reality Therapy (RT). Terapi Integratif ini dikendalikan terhadap responden sebanyak enam sesi kaunseling kelompok. Kajian ini juga berbentuk kuasi eksperimen melibatkan 80 orang banduan murung (40 rawatan; 40 kawalan) daripada lima buah institusi penjara sebagai responden kajian menggunakan persampelan bertujuan. Banduan ini dikenal pasti sebagai responden berdasarkan cutting point tinggi kemurungan menggunakan alat ukur Beck Depression Inventory (BDI). Bagi tujuan analisis data, statistik yang digunakan adalah ujian non-parametrik, iaitu Mann-Whitney Test dan Wilcoxon Signed Rank. Hasil kajian melaporkan keputusan Mann-Whitney Test menunjukkan kumpulan rawatan mempunyai kadar penurunan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan dalam kemurungan. Wilcoxon Signed Rank Test juga menunjukkan keputusan yang sama apabila kumpulan rawatan menunjukkan nilai penurunan dari pra program kepada pasca program lebih besar berbanding kumpulan kawalan.