Projek pendokumentasian warisan Kampung Air di Sabah
Dari sudut sejarah awal di Sabah, kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan kewujudan Kampung Air adalah keturunan kaum Melayu Brunei di bahagian pantai barat dan kaum Bajau di bahagian pantai timur. Kampung Air menjadi satu fenomena habitat masyarakat yang semakin berkembang pesat pada tahun 1970an...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Research Report |
| Language: | en en |
| Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2004
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25805/6/ABSTRACT.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25805/1/Projek%20pendokumentasian%20warisan%20kampung%20air%20di%20Sabah.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25805/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dari sudut sejarah awal di Sabah, kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan kewujudan Kampung Air adalah keturunan kaum Melayu Brunei di bahagian pantai barat dan kaum Bajau di bahagian pantai timur. Kampung Air menjadi satu fenomena habitat masyarakat yang semakin berkembang pesat pada tahun 1970an di kalangan masyarakat pribumi dan bukan pribumi. Kesan daripada perkembangan yang berlaku telah menyebabkan wujud dua pola petempatan, iaitu Kampung Air di kawasan bandar dan Kampung Air di kawasan luar bandar. Hakikatnya, Kampung Air di luar bandar masih mengkekalkan warisan
masyarakat asal. Manakala Kampung Air di kawasan bandar telah menjadi kediaman bagi pelbagai kaum. Berdasarkan hasil kajian didapati populasi penduduk pribumi di Kampung Air mula merosot pada awal dekad 1990an. Hal ini berkait rapat dengan faktor pembangunan wilayah dan faktor migrasi. Kemudian
berlaku pertambahan pesat rumah-rumah di kawasan Kampung Air pada tahun 1990an, khususnya di sekitar kawasan bandar dan ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial dan alam persekitaran. Keadaan ini menjadikan masyarakat di Kampung Air secara umumnya telah dikelompokkan sebagai salah satu komuniti terpinggir. Lantaran menimbulkan tanggapan serong masyarakat luar terhadap cara hidup mereka dalam Iingkungan taraf kehidupan di kawasan bandar. Kertas kerja ini akan menjelaskan status Kampung Air sebagai satu warisan bangsa dan budaya yang menghadapi cabaran arus pembangunan. |
|---|
