Ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang yang cukup matang

Satu kajian telah dijalankan di nurseri berhadapan dengan Pejabat Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah untuk membandingkan ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang iaitu Pisang Serendah, Pisang Saba dan Pisang Lemak Manis. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan ciri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hashimah Matasan
Format: Academic Exercise
Language:en
Published: Universiti Malaysia Sabah 2017
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24511/1/Ciri-ciri%20fizikal%20biomas%20tiga%20kultivar%20pisang%20yang%20cukup%20matang.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24511/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian telah dijalankan di nurseri berhadapan dengan Pejabat Ladang, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah untuk membandingkan ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang iaitu Pisang Serendah, Pisang Saba dan Pisang Lemak Manis. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri fizikal biomas tiga kultivar pisang yang cukup matang. Rekabentuk kajian ini adalah CRD dengan replikasi sebanyak lima kali bagi setiap kultivar. Data diambil dalam tempoh tiga bulan. Keputusan dianalisis dengan menggunakan ANOVA satu hala, manakala perbezaan bererti dianalisis dengan menggunakan LSD. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bererti bagi min ciri-ciri fizikal biomas bagi ketiga­tiga kultivar pisang. Min bagi ciri-ciri fizikal batang semu Pisang Saba adalah yang terbaik dengan berat (24.17 kg), panjang (2.36 m), diameter (0.18 m), isipadu (0.06 m3), berat umbut (3.79 kg) dan berat kulit batang (18.09 kg). Min yang terbaik bagi ciri-ciri fizikal daun adalah Pisang Saba iaitu berat (0.40 kg) dan lebar (53.69 sm). Min yang terbaik bagi ciri­ciri fizikal tandan buah adalah Pisang Serendah dengan berat (6.95 kg), panjang (40.80 sm) dan diameter (24.33 sm). Seterusnya, min ciri-ciri fizikal sikat Pisang Serendah adalah yang terbaik dari segi panjang (14.62 sm), manakala dari segi lebar (22.47 sm), Pisang Saba adalah yang terbaik. Min ciri-ciri fizikal jejari yang terbaik dari segi panjang (17.56 sm) adalah Pisang Serendah, manakala dari segi lebar (3.72 sm), Pisang Saba adalah yang terbaik. Min ciri-ciri fizikal akar yang terbaik dari segi bilangan akar utama (41.20) pula adalah Pisang Saba. Manakala, tidak terdapat perbezaan bererti bagi min ciri-ciri fizikal biomas yang lain bagi ketiga-tiga kultivar.