Pengumpulan pantun rakyat Bisaya

Pantun adalah pancaran jiwa dan pemikiran masyarakat Melayu yang dihasilkan dengan ketepuan peribadi asli serta hak milik tulin orang-orang Melayu. Dalam masyarakat Bisaya pantun juga tumbuh segar membunga dan sebati dalam diri masyarakat yang mendominasi kawasan Beaufort tersebut. Sejak zaman leluh...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lokman Abdul Samad
Format: Research Report
Language:en
en
Published: Universiti Malaysia Sabah 2001
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23490/1/Pengumpulan%20pantun%20rakyat%20bisaya.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23490/7/Pengumpulan%20pantun%20rakyat%20bisaya.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23490/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pantun adalah pancaran jiwa dan pemikiran masyarakat Melayu yang dihasilkan dengan ketepuan peribadi asli serta hak milik tulin orang-orang Melayu. Dalam masyarakat Bisaya pantun juga tumbuh segar membunga dan sebati dalam diri masyarakat yang mendominasi kawasan Beaufort tersebut. Sejak zaman leluhur lagi masyarakat Bisaya menggunakan pantun sebagai suatu bentuk pengucapan atau komunikasi kreatif. Pantun tidak hanya dipraktikkan bagi tujuan berhibur suka-suka atau tanpa matlamat akhir yang jelas, tetapi pantun tetap berkemundang dalam pengucapan perkara yang berkaitan adat istiadat seperti merisik dan upacara nikah kahwin. Pantun membuka ruang komunikasi krreatif yang penuh keindahan gaya bahasa yang segar dan mantap. Ringkasnya pantun sebagai suatu pengucapan lisan golongan rakyat jelata digunakan secara meluas tanpa sebarang batu tanda sekatan atau sempadan yang menghalang kelompok tertentu untuk menuturkannya. Tegasnya tanpa sekatan hirakl sosial setiap golongan dalam masyarakat Bisaya berhak untuk mengucapakan pantun kendat pun dalam bentuk berlagu atau beriramaJusteru itu, pantun dalam kelompok masyarakat Bisaya selain lazimnya untuk berhibur pada waktu senggang ianya juga diucapakan bagi tujuan alat kawalan sosial masyarakatnya. Secara keseluruhannya pantun dipraktikkan bagi menasihati, memberi pengajaran, teguran dalam komunikasi budaya masyarakat Bisaya.