Hubungan di antara personallti, motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan bella Sabah
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh jenis personaliti (Agreeableness, Neuroticism, Extraversion, Conscienciousness, Openness To Experience) dan jenis motivasi (ekstrinsik dan intrinsik) terhadap prestasi kerja. Kajian ini juga bertujuaan untuk mengkaji perbezaan jenis personaliti, motivasi...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Research Report |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2011
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23154/1/Hubungan%20di%20antara%20personallti.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23154/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh jenis personaliti (Agreeableness, Neuroticism, Extraversion, Conscienciousness, Openness To Experience) dan jenis motivasi (ekstrinsik dan intrinsik) terhadap prestasi kerja. Kajian ini juga bertujuaan untuk mengkaji perbezaan jenis personaliti, motivasi dan prestasi kerja berdasarkan faktor demografik belia iaitu, jantina, umur, status perkahwinan dan pengalaman kerja. Kajian ini dijalankan ke atas 1,412 orang belia daripada pelbagai organisasi di Sa bah, Malaysia. Alat kajian NEO Five Factor Inventory (NEO-FFI) yang digunakan untuk mengukur persona/iti, Work Preference Inventory (WPI) yang digunakan untuk mengukur motivasi dan Staples's Measure yang digunakan untuk mengukur prestasi kerja mengikut persepsi subjek telah digunakan dalam kajian ini. Keputusan kajian menunjukkan: (i) Jenis personaliti dominan bagi belia berbeza mengikut faktor demografik seperti jantina, status
perkahwinan dan pengalaman kerja. Dalam perkara ini, faktor umur tidak memberi kesan; (ii) Motivasi ekstrinsik belia tidak dapat dibezakan mengikut faktor jantina, status perkahwinan ataupun pengalaman kerja. Tetapi jenis motivasi ini berbeza mengikut umur. Bagi motivasi intrinsik pula, perbezaannya hanya signifikan mengikut jantina; (iii) Tiga dimensi personaliti iaitu, Neuroticism (pengaruh secara negatif), Agreeableness (pengaruh secara negatif) dan
Conscienciousness (pengaruh secara positif) merupakan peramal signifikan kepada prestasi kerja belia; (iv) Motivasi intrinsik merupakan peramal signifikan kepada prestasi kerja belia, dan (v) Jenis motivasi tidak memberi kesan dalam hubungan di antara personaliti dengan prestasi kerja. |
|---|
