Pengaruh faktor-faktor asas kepada sekolah berprestasi sifar upsr kajian terkini di sekolah-sekolah rendah negeri Sarawak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor asas iaitu kesediaan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan murid dan hubungan terhadap kemenjadian murid di sekolah-sekolah berprestasi sifar Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan campuran (mixed-method) kuantitatif dan kualitatif. Sampel sebanya...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Research Report |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Malaysia Sabah
2010
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22871/1/Pengaruh%20faktor-faktor%20asas%20kepada%20sekolah%20berprestasi%20sifar%20upsr%20kajian%20terkini%20di%20sekolah-sekolah%20rendah%20negeri%20Sarawak.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22871/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor asas iaitu kesediaan pengurus sekolah, guru, ibu bapa dan murid dan hubungan terhadap kemenjadian murid di sekolah-sekolah berprestasi sifar Sarawak. Kajian ini menggunakan pendekatan
campuran (mixed-method) kuantitatif dan kualitatif. Sampel sebanyak 90 orang guru dipilih secara rawak di negeri Sarawak. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik
dan temu bual. Data kajian dianalisis secara deskriptif (min dan sisihan piawai), korelasi Pearson dan regresi berganda menggunakan pakej Statistik SPSS versi 17 dan
perisian AMOS versi 18. Selain itu, kajian ini turut" menggunakan analisis Structural
Equation Modeling (SEM) untuk menghasilkan model. Dapatan kajian mendapati
terdapat hubungan signifikan antara tahap kesediaan pengurus sekolah, guru dan
murid tetapi tidak mempunyai hubungan signifikan dengan tahap kesediaan ibu bapa.
Analisis regreasi berganda menunjukkan peramal Kesediaan Murid, Kesediaan
Pengurus Sekolah, dan Kesediaan Guru menyumbang secara signifikan terhadap
kemenjadian murid. Berdasarkan nilai beta (/3), keputusan kajian membuktikan
sumbangan yang signifikan peramal Kesediaan Murid sebanyak 98.2% [p = 0.740, P
= 0.001], peramal Kesediaan Pengurus Sekolah pula sebanyak 1% [P = 0.530, P =
0.001], dan peramal Kesediaan Guru sebanyak 0.2% [P = -0.264, P = 0.001]. Analisis
. secara deskriptif pula menunjukkan tahap kesediaan pengurus sekolah dan murid
adalah tinggi, guru pada tahap sederhana tinggi dan ibu bapa berada pada tahap
rendah. Data kualitatif melalui temu bual yang ditriangulasi mempunyai persepadanan
dan mengukuhkan lagi dapatan kuantitaitif. Kajian ini mencadangan supaya diberi
penekanan penyalurkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan ibu bapa melalui
sekolah bagi menyepadukan kesediaan dalam kalangan pengurus sekolah, guru, ibu
bapa dan murid agar semua faktor ini dapat menyumbang kepada kecemerlangan
kemenjadian murid. |
|---|
