Penyaringan fitokimia dan aktiviti biologi (ujian anti kulat, GSK-3ß, RAS-RAF dan PP1) terhadap spesis rumpai
Kajian ini dijalankan bagi menguji kehadiran fitokimia (flavanoid, gula deoksi dalam kardium glikosida, tanin dan polifenol) serta aktiviti biologi seperti anti kulat (Candida albicans dan Candida krusei) dan anti kanser (pPl, GSK-3ß dan Ras-Rat) pada 10 jenis sampel rumpai yang telah dikmnpulkan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | en |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20698/1/Penyaringan%20fitokimia%20dan%20aktiviti%20biologi%20.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20698/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini dijalankan bagi menguji kehadiran fitokimia (flavanoid, gula deoksi dalam
kardium glikosida, tanin dan polifenol) serta aktiviti biologi seperti anti kulat (Candida
albicans dan Candida krusei) dan anti kanser (pPl, GSK-3ß dan Ras-Rat) pada 10 jenis
sampel rumpai yang telah dikmnpulkan disekitar kawasan Membakut dan Sepanggar,
Sabah. Spesis rumpai diuji ialah Axonopus compressus, Lipocarpha chinensis, Chloris
barbata, Imperata cylindrica, Milcania micarantha, Eleusine indica, Mimosa invisa,
Paspalum conjugatum, Pasiflora feotida dan Chrysopogon aciculatus. Kesemua sampel
diekstrak dengan menggunakan kaedah rendaman dalam 100010 (v/v) metanol dengan
nisbah 1:6. Strain yis yang digunakan bagi ujian penyaringan anti kanser adalah PAY704-
1, PAY700-4, H10075 dan H10006. Hasil kajian menunjukkan kesemua sampel yang
diuji tidak berupaya untuk merencatkan pertumbuhan C. albican dan C. krusei. Bagi
ujian perencatan PP1, GSK-3ß dan Ras-Raf pula; hanya sampel M micarantha sahaja
yang berupaya merencatkan PPI. Zon perencatan oleh sampel M micarantha adalah
pada julat 14±0.5 mm hingga 22±0.5 mm bagi strain yis PAY700-4 dan 14±0.5 nun
hingga 18±0.5 nun bagi strain yis PAY704-1. Manakala, tiada zon perencatan didapati
pada ujian penyaringan GSK-3ß dan Ras-Raf. Bagi ujian penyaringan fitokimia pula,
flavanoid serta gula deoksi dalam kardium glikosida didapati hadir pada kesemua sampel
ujian. Walaubagaimanapun, kesemua spesis ujian menunjukkan basil negatif pada ujian
tanin dan polifenol yang telah dijalankan. |
|---|
