Aplikasi fotodiod dan pengesan hujan sebagai sensor kepada ampaian baju automatik
Kajian ini bertujuan untuk membina dan mereka bentuk satu prototaip ampaian rumah dengan menggunakan peranti optoelektronik sebagai sensornya serta menganalisa prestasi model ampaian tersebut. Sensor optik yang digunakan ialah fotodiod dan pengesan hujan. Dalam kajian ini terdapat empat litar yan...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | en |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20493/1/Aplikasi%20fotodiod%20dan%20pengesan%20hujan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20493/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membina dan mereka bentuk satu prototaip ampaian rumah
dengan menggunakan peranti optoelektronik sebagai sensornya serta menganalisa
prestasi model ampaian tersebut. Sensor optik yang digunakan ialah fotodiod dan
pengesan hujan. Dalam kajian ini terdapat empat litar yang dibangunkan iaitu litar
pengesan cahaya, litar pengesan hujan dan dua litar pemasa. Litar pengesan cahaya dan
litar pengesan hujan ini dibina bagi memainkan peranan sebagai suis kepada litar pemasa
yang disambungkan kepadanya. Prestasi keempat-empat litar ini diuji dengan
membandingkan kecekapannya untuk memberi tindak balas terhadap kehadiran cahaya
dan juga hujan. Selain itu, prestasi ampaian juga diuji dengan gangguan cahaya
pendaflour pada waktu malam samaada ia memberi kesan yang signifikan atau
sebaliknya. Ampaian berfungsi apabila sensor pada litar mengesan kehadiran hujan atau
cahaya dan mencetuskan geganti pada litar pengesan. Geganti bertindak sebagai suis
kepada dua litar pemasa yang disambungkan kepadanya. Motor yang terdapat pada litar
pemasa menggerakkan dawai ampaian melalui mekanisme tolak dan juga tarik. Litar
yang dibina ini beroperasi dengan menggunakan fungsi geganti yang berada pada dua
keadaan iaitu terbuka normal dan tertutup normal. Kesimpulannya, prototaip ampaian
yang dibina dapat berfungsi pada julat waktu pagi dan petang bersesuian dengan
fungsinya sebagai ampaian baju. |
|---|
