Kajian kesan media terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid (Phalaenopsis gigantea)
Kajian telah dilakukan selama 150 hari untuk menentukan kesan kompleks additif berbeza ke atas perkembangan dan pertumbuhan protokom Phaiaellopsis gigalltea. Protokom di peringkat ke 3 telah dikultur di atas media as as KC dan baja komersial Florica yang ditambah dengan 1% (w/v) ekstrak ubi kenta...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Academic Exercise |
| Language: | en |
| Published: |
2008
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20143/1/Kajian%20kesan%20media%20terhadap%20pertumbuhan.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20143/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian telah dilakukan selama 150 hari untuk menentukan kesan kompleks additif
berbeza ke atas perkembangan dan pertumbuhan protokom Phaiaellopsis gigalltea.
Protokom di peringkat ke 3 telah dikultur di atas media as as KC dan baja komersial
Florica yang ditambah dengan 1% (w/v) ekstrak ubi kentang, 10% (v/v) air kelapa dan
IS% (w/v) jus tomato, sarna ada secara sendiri atau kombinasi. Hasil kajian yang
dijalankan menunjukkan bahawa indeks pertumbuhan protokom yang dikulturkan pada
media KC tanpa bahan additif memberikan nilai yang terbaik (545.00±25.00) diikuti
media KC yang ditambahkan 1% ekstrak ubi kentang (496.67±64.49), media KC yang
ditambahkan 10% air kelapa (458.33±34.03) dan media KC yang ditambahkan dengan
15% jus tomato (455.00±134.35). Antara semua media kombinasi kompleks additif,
media KC yang ditambahkan 10% air kelapa dengan 1 % ekstrak ubi kentang
mempunyai indeks pertumbuhan yang tertinggi. Perbandingan antara media asas yang
berbeza dalam kajian ini mendapati media KC adalah lebih baik daripada media
Florica sementara kesan kombinasi kompleks additif menunjukkan pertumbuhan
protokom kurang baik berbanding dengan penambahan satu kompleks additif sahaja.
Sebagai kesimpulan media KC adalah yang terbaik berbanding Florica dan
penambahan kompleks additif tidak dapat meningkatkan pertumbuhan dan
perkembangan protokom P. gigantea. |
|---|
