Pembangunan bandar kecil di Sabah: isu dan cabaran

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syivero Patrick, Ubong Imang
Format: Article
Language:en
en
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19553/1/Pembangunan%20bandar%20kecil%20di%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19553/7/Pembangunan%20Bandar%20Kecil%20di%20Sabah%20Isu%20dan%20Cabaran.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19553/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk memahami senario semasa dan perancangan bandar kecil di Sabah. Selain itu, temu bual dan pemerhatian di lapangan juga dijalankan untuk mendapatkan data primer berkait dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah. Hasil kajian mendapati pembangunan bandar kecil di Sabah berdepan dengan pelbagai isu yang boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Manakala antara cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah pula adalah dalam konteks penjanaan ekonomi, bentuk muka bumi Sabah yang sebahagian besarnya bergunung-ganang dan urus tadbir bandar kecil.