Saudara baru dan peranannya dalam arena dialog antara agama
Kertas kerja ini membincangkan peranan saudara baru dalam bidang dialog antara agama di peringkat akar umbi (interreligious dialogue at the grassroots). Peranan saudara baru ditonjolkan melalui penglibatan mereka dalam dialog seharian dengan Muslim dan non-Muslim. Melalui dialog seharian dengan Musl...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
2014
|
| Subjects: | |
| Online Access: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19011/1/Saudara%20baru%20dan%20peranannya%20dalam%20arena%20dialog%20antara%20agama.pdf https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19011/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kertas kerja ini membincangkan peranan saudara baru dalam bidang dialog antara agama di peringkat akar umbi (interreligious dialogue at the grassroots). Peranan saudara baru ditonjolkan melalui penglibatan mereka dalam dialog seharian dengan Muslim dan non-Muslim. Melalui dialog seharian dengan Muslim inilah, interaksi interpersonal dibina sehingga memupuk jalinan perkenalan, hubungan persahabatan dan ikatan persemendaan yang akhirnya mendorong berlakunya konversi kepada Islam. Peranan selanjutnya mengetengahkan pengalaman saudara pada peringkat pascakonversi yang menjelaskan dua dimensi dialog, iaitu dimensi interagama dan dimensi intraagama. Pengalaman ini menonjolkan saudara baru sebagai tali penghubung (bridge builder) antara Muslim dan non-Muslim dan perantara budaya (cultural mediator) bagi menjernihkan kesalahfahaman antara pihak berbeza agama. Daripada pengalaman dua fasa kehidupan inilah, kajian mendapati saudara baru merupakan peserta dialog non-elit yang berperanan sebagai perantara hubungan Muslim-non-Muslim dan mengetengahkan penglibatan masyarakat awam dalam arena dialog antara agama. |
|---|
