Program Ijazah Dual UMPSA penyediaan bakat ‘Ready-to-Work’

Dalam landskap ekonomi global yang semakin kompetitif, kolaborasi strategik antara universiti, industri dan kerajaan menjadi elemen kritikal dalam memastikan kelestarian pembangunan modal insan dalam usaha negara menuju status negara berpendapatan tinggi. Sebagai universiti teknikal terbaik di n...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yatimah, Alias
Format: UMPSA News
Language:ms
Published: UMPSA 2026
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46995/1/Program%20Ijazah%20Dual%20UMPSA%20Penyediaan%20Bakat%20Ready%20to%20Work.pdf
https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46995/
https://news.umpsa.edu.my/experts/program-ijazah-dual-umpsa-penyediaan-bakat-ready-work
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam landskap ekonomi global yang semakin kompetitif, kolaborasi strategik antara universiti, industri dan kerajaan menjadi elemen kritikal dalam memastikan kelestarian pembangunan modal insan dalam usaha negara menuju status negara berpendapatan tinggi. Sebagai universiti teknikal terbaik di negara ini, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya melahirkan seramai 70 orang graduan yang terdiri daripada 45 graduan perintis dan 25 orang kohort kedua Program Ijazah Dual hasil kerjasama antara UMPSA dan Beijing Jiaotong University (BJTU), China yang menyokong agenda pembangunan industri rel negara. Kejayaan ini dilihat tepat pada masanya ketika Malaysia kini sedang mengembangkan ekosistem industri rel bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kejayaan ini mencerminkan keyakinan negara luar terhadap sistem pendidikan tinggi Malaysia yang turut membawa manfaat besar seperti pemindahan teknologi, peningkatan profesionalisme tenaga kerja akademik dan bukan akademik serta menjadi pemangkin kepada pelaburan langsung asing. Hasil kerjasama antarabangsa ini juga berjaya dalam memperluas inisiatif Pendidikan Rentas Negara (TNE) yang terbukti berupaya meningkatkan taraf pendidikan tinggi dan merangsang pembangunan sosioekonomi negara.