Perkembangan konservatisme di Türkiye: pengajaran buat kelestarian Islam di Malaysia (The development of conservatism in Türkiye: lessons for Islamic sustainability in Malaysia)

Konservatisme merupakan falsafah politikyang cenderung memelihara tradisi danmenolak perubahan secara drastik. Türkiye mempunyai pengalaman politik konservatisme yang panjang kesan daripada sekularisasi secara radikal oleh rejim Kemalis. Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma P...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhammad Khalis, Ibrahim, Mohd Roslan, Mohd Nor
Format: Article
Language:en
Published: Dept of Islamic History and Civilization, University of Malaya 2022
Subjects:
Online Access:https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46514/1/PerkembanganKonservatisme%20di%20T%C3%BCrkiye.pdf
https://doi.org/10.22452/JAT.vol17no2.9
https://umpir.ump.edu.my/id/eprint/46514/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konservatisme merupakan falsafah politikyang cenderung memelihara tradisi danmenolak perubahan secara drastik. Türkiye mempunyai pengalaman politik konservatisme yang panjang kesan daripada sekularisasi secara radikal oleh rejim Kemalis. Parti Keadilan dan Pembangunan (Adalet ve Kalkınma Partisi-AK PARTİ) merupakan entitimutakhir yang mempelopori politikkonservatisme di Türkiye.Meskipun mempunyai banyak perbezaan, Türkiye dan Malaysia berkongsi persamaansebagai negara Muslim yang progresif, moden dan demokratik. Makalah ini bertujuan untuk membincangkan politik konservatisme AKPARTİdan menganalisis sejauh manakah ia boleh dijadikan contoh bagi kelestarian Islam di Malaysia. Untuk memenuhi objektif ini, sumber-sumber primer dan sekunder yang berkait dengan wacana konservatisme AKPARTİtelah dirujuk untuk dijadikan asas analisis pengajaran yang boleh diambil bagi kelestarian Islam di Malaysia. Metode analisis komparatif juga telah digunakan bagi membandingkan antara konteks Türkiye dan Malaysia untuk memahami limitasi pengajaran yang boleh diambil oleh Malaysia berpandukan kepada pengalaman konservatisme di Türkiye. Sebagai sebuah parti berideologi demokrasi konservatif, AKPARTİberjaya membawa politik konservatisme dalam kerangka demokrasi moden. Kejayaan ini merupakan hasil sintesis antara tuntutan-tuntutan konservatisme dan demokrasi yang dilakukan. Politik konservatisme di Türkiye boleh dijadikan contoh buat Malaysia, lebih-lebih lagi dalam memelihara Islam sebagai agama persekutuan, keberadaan institusi raja, identiti Melayu-Islam dan intipati sebenar Islam sebagai daya penyatu masyarakat.Makalah ini menghujahkan bahawa bagi konteks Malaysia, konservatisme merupakan falsafah politik yang penting untuk terus dipegang bagi memelihara keharmoniandan kerukunan masyarakat majmuk.