Keberkesanan pembelajaran inkuiri terbimbing : alternatif penyelesaian krisis nilai

Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah pembelajaran secara inkuiri terbimbing (PIT) dalam pembelajaran akidah berbanding pembelajaran secara konvensional (PK). Kesan pembelajaran ini difokuskan kepada pencapaian akademik yang meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Hisham Md Nawi, Adi Syahid Mohd Ali, Sudirman Abd Fatah
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2012
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9002/1/Paper%20%201.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9002/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mengunakan kaedah pembelajaran secara inkuiri terbimbing (PIT) dalam pembelajaran akidah berbanding pembelajaran secara konvensional (PK). Kesan pembelajaran ini difokuskan kepada pencapaian akademik yang menguji tahap kefahaman subjek. Kajian ini mengunakan kaedah penyelidikan kuantitatif secara eksperimen yang melibatkan 49 orang pelajar. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kefahaman Aqidah yang digunakan untuk para ujian dan pasca ujian. Seramai 25 orang subjek dipilih secara rawak untuk mengikuiti pembelajaran aqidah mengunakan PIT dan 24 orang mengikuti pembelajaran secara PK. Data dianalisis menggunakan program IBM SPSS Versi 20. Statistik inferensi digunakan iaitu Ujian-t bagi menguji hipotesis pada aras signifikan p < 0.05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap markah pencapaian pelajar dalam pembelajaran aqidah di antara kedua-dua pendekatan selepas rawatan dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa PIT berupaya meningkatkan pencapaian dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran aqidah.