Penilaian semula terhadap andaian-andaian dalam ekonomi islam : satu kajian awal

Kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan kajian awal terhadap penilaian semula andaianandaian ekonomi di dalam sistem ekonomi Islam. Andaian-andaian tersebut yang diambil daripada sistem ekonomi lazim terbahagi kepada dua andaian, iaitu sumber alam adalah terhad (scarcity of resources) dan kemah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Zulkifli Muhammad
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2012
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8949/1/Paper%202.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8949/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk menyediakan kajian awal terhadap penilaian semula andaianandaian ekonomi di dalam sistem ekonomi Islam. Andaian-andaian tersebut yang diambil daripada sistem ekonomi lazim terbahagi kepada dua andaian, iaitu sumber alam adalah terhad (scarcity of resources) dan kemahuan manusia tidak terhad (unlimited wants). Kertas kerja ini cuba menganalisis sejauh mana andaian-andaian dalam ekonomi Islam ini berpaksikan kepada ketauhidan terhadap Allah S.W.T. dan selari dengan tasawur Islam. Ini dilakukan melalui kajian terhadap pandangan beberapa ahli ekonomi Islam. Analisis kandungan dan kaedah perpustakaan digunakan dalam mencapai hasrat ini. Kajian awal ini mendapati bahawa andaian-andaian ekonomi Islam yang sedia ada tidak menepati konsep ketauhidan kepada Allah S.W.T. dan tasawur Islam yang sebenar. Implikasi daripada dapatan kajian ini ialah perlunya satu kajian yang komprehensif dilakukan bagi membina satu resolusi baru dalam andaian-andaian ekonomi Islam yang betul.