Aktiviti pembelajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Ketiga di Universiti Malaysia Kelantan menggunakan Goanimate.Com

Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga banyak menekankan kepada aktiviti-aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Aktiviti-aktiviti PdP yang dirancang oleh para pengajar adalah bagi memastikan kemahiran - kemahiran bahasa yang empat, iaitu; kemahiran membaca, mendengar, b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zaki Amiruddin, Ahmad Abdul Rahman, Ahmed Thalal Hassan, Amanee Abdul Hai, Nor Abdul Rahman
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 2017
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8854/1/PROSIDING-SEMBARA-2017.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8854/
https://www.dropbox.com/s/eailn0rxcnp575n/PROSIDING-SEMBARA-2017.pdf?dl=0
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa ketiga banyak menekankan kepada aktiviti-aktiviti sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Aktiviti-aktiviti PdP yang dirancang oleh para pengajar adalah bagi memastikan kemahiran - kemahiran bahasa yang empat, iaitu; kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis diperoleh oleh para pelajar secara lebih berkesan. Pelajar-pelajar bahasa Arab sebagai bahasa ketiga biasanya bermula daripada tiada asas langsung dan tempoh pembelajaran yang singkat. Hal ini menyebabkan mereka lebih memerlukan aktiviti-aktiviti PdP secara amali dan praktikal langsung. Justeru, topik kajian ini diketengahkan bagi membentangkan satu aktiviti PdP yang dilaksanakan bagi menggilap kemahiran bertutur para pelajar secara langsung dengan menggunakan satu aplikasi atas talian berbentuk multimedia dan animasi yang dinamakan GoAnimate.Com. Pembentangan topik ini meliputi pengenalan kepada aplikasi, fungsi dan penggunaannya secara ringkas, penerangan aktiviti yang dilaksanakan dalam PdP kursus Bahasa Arab di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menggunakan aplikasi tersebut dan beberapa contoh video animasi yang dibuat oleh para pelajar untuk aktiviti berkenaan (disediakan link video dan screenshot). Dalam kesimpulan topik ini, turut disenaraikan poin-poin yang diperoleh hasil pemerhatian sepanjang aktiviti PdP tersebut berlangsung. Pembentangan topik seperti ini diharapkan dapat memberi satu lontaran idea bagi mempelbagaikan lagi aktiviti PdP bahasa ketiga secara umumnya yang mana digabungkan dengan penggunaan teknologi dan aplikasi yang banyak tersedia secara atas talian, di samping merancakkan lagi penggunaan teknologi dalam proses PdP yang mana merupakan saranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam salah satu Projek Agenda Kritikal (CAPs a Critical Agenda Projects).