Manhaj Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah dalam penulisan Fiqh : kajian terhadap kitab pedoman solat berjemaah

Perkembangan institusi pengajian pondok di Negeri Kelantan telah melahirkan ramai ulama khususnya dalam pengajian ilmu islam berkonsepkan turath. Ulama tempatan yang mendalami ilmu islam telah menyumbang melalui institusi ini samada dengan menubuh sendiri institusi pondok ataupun mengajar di pondok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nik Yusri Musa, Ahmad Murshidi Mustapha, Nur Azuki Yusuff
Format: Book Section
Language:en
Published: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 2013
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8604/1/Prosiding%20Nadwah%20Ulama%20Nusantara%20%28NUN%29%20V.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8604/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan institusi pengajian pondok di Negeri Kelantan telah melahirkan ramai ulama khususnya dalam pengajian ilmu islam berkonsepkan turath. Ulama tempatan yang mendalami ilmu islam telah menyumbang melalui institusi ini samada dengan menubuh sendiri institusi pondok ataupun mengajar di pondok yang telah sedia ada. Kajian ini membentangkan biografi khusus Tuan Guru Haji Abdul Rahman Lubuk Tapah, Pasir Mas. Kelantan dan manhaj penulisan kitab beliau iaitu Pedoman Solat Berjemaah. Beliau dilihat sebagai seorang penyumbang besar dalam pendidikan institusi pondok di Kelantan dan pengaruh beliau masih terasa sehingga kini dengan peninggalan kitab-kitab yang dikarangnya. Kajian ini umumnya berbentuk kajian perpustakaan yang sampel utama adalah kitab Pedoman Solat Berjemaah. Manhaj yang dibawa oleh beliau memudahkan para pembaca dan penuntut untuk memahami isi kandungan dan permasalahan yang berkaitan dengan fiqh solat berjemaah. Konsep yang pelbagai ditunjuk oleh Haji Abdul Rahman menjadikan kitab beliau sebagai tatapan dan rujukan terutamanaya dalam institusi pengajian pondok sehingga kini