Mak Yong Kelantan : kajian terhadap struktur persembahan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji struktur persembahan yang terdapat dalam persembahan Mak Yong Kelantan.Kajian ini dibuat berdasarkan teori-teori seni yang menekankan kepada indah (hiburan) dan bermakna (manfaat).Penelitian adalah tertumpu kepada kronologi persembahan. Di dalam kronologi persemba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurfaezaa Binti Rosli
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5326/
http://ftkw.umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji struktur persembahan yang terdapat dalam persembahan Mak Yong Kelantan.Kajian ini dibuat berdasarkan teori-teori seni yang menekankan kepada indah (hiburan) dan bermakna (manfaat).Penelitian adalah tertumpu kepada kronologi persembahan. Di dalam kronologi persembahan terdapat permulaan sesebuah persembahan sehingga penutup persembahan.Mak Yong sebuah teater tradisional melayu Kelantan. Mak Yong mempunyai unsur-unsur keunikan tersendiri dalam persembahan, lagu dan irama, watak gerak, muzik, kostum, penceritaan dan sebagainya. Keunikan ini menjadikan persembahan Mak Yong luar biasa sifatnya kerana ia menimbulkan keindahan yang pelbagai pula. Atas keunikan dan keluarbiasaan itulah Mak Yong dapat digolongkan sebagai kesesuaian tradisional asli melayu Kelantan.Dalam struktur persembahan Mak Yong terdapat bahagian-bahagian penting seperti penceritaan, prop, watak perwatakan, muzik, peralatan muzik dan busana. Semua bahagian ini saling berkaitan antara satu sama lain. Oleh itu sesebuah persembahan yang baik akan tercapai jika semua bahagian bergabung dengan jayanya. Sebagai kesimpulan,kajian ini mengutarakan bahawa struktur persembahan amat penting di dalam sesebuah persembahan Mak Yong. Hal ini dapat dibuktikan melalui rujukan dan kajian yang dilakukan.