Unsur Ekstrinsik Dalam Pembentukan Sifat Mahmudah Menerusi Novel Stanza Cinta karya Nurul Halawati : Pendekatan Takmilah

Nurull Halawati Binti Haron merupakan seorang pengkarya yang amat mementingkan unsur keagamaan di dalam novel yang dihasilkan oleh beliau. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif utama yang amat diberi penekanan dalam melaksanakan kajian. Pertama, kajian ini menyentuh mengenai sifat-sifat mahmudah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samsuri, Nurul Solahah
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4797/
https://ftkw.umk.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Nurull Halawati Binti Haron merupakan seorang pengkarya yang amat mementingkan unsur keagamaan di dalam novel yang dihasilkan oleh beliau. Kajian ini terdiri daripada tiga objektif utama yang amat diberi penekanan dalam melaksanakan kajian. Pertama, kajian ini menyentuh mengenai sifat-sifat mahmudah pada watak wanita yang terdapat di dalam novel dengan mengaplikasikan pendekatan takmilah di dalamnya. Kajian ini turut menumpukan pendekatan takmilah yang berpaksikan kepada konsep tauhid yang digagaskan oleh Dr. Shafie Abu Bakar yang mengangkat prinsipprinsip di bawahnya yang merangkumi tujuh prinsip. Namun, pengkaji hanya berfokuskan kepada tiga prinsip dalam pendekatan takmilah. Menerusi kajian ini juga, pengkaji turut menjelaskan mengenai unsur-unsur ekstrinsik dan unsur agama yang terkandung di dalam novel. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk memberi penekanan dan pendedahan kepada khalayak mengenai nilai baik dan pengajaran dengan lebih mendalam dan kreatif. (Kata Kunci: Nurull Halawati, unsur ekstrinsik, sifat mahmudah, unsur agama, pendekatan takmilah)