Kajian Motif Ukiran Kayu Dan Keunikan Rumah Demang Abdul Ghani Merlimau,Melaka.
Rumah Demang Abdul Ghani merupakan sebuah rumah yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Rumah Demang Abdul Ghani juga antara rumah yang tertua di Melaka yang terletak di Merlimau. Rumah ini pernah mendapat gelaran Istana Merlimau pada suatu ketika dahulu kerana keindahan seni bina rumah te...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Undergraduate Final Project Report |
| Published: |
2019
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4744/ http://ftkw@umk.edu.my |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Rumah Demang Abdul Ghani merupakan sebuah rumah yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Rumah Demang Abdul Ghani juga antara rumah yang tertua di Melaka yang
terletak di Merlimau. Rumah ini pernah mendapat gelaran Istana Merlimau pada suatu ketika dahulu kerana keindahan seni bina rumah tersebut. rumah yang penuh dihiasi dengan ukiran yang sangat menarik. Keindahan ukiran yang diserikan dengan warna yang cantik dan menarik. Namun begitu, motif ukiran kayu kurang dikenali oleh masyarakat kini terutamanya generasi baru. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengetahui motif ukiran kayu yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani dengan mengkaji jenis motif ukiran kayu dan pengaruh motif ukiran kayu serta mencari keunikan yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani. Melalui kajian ini pengkaji menggunakan kaedah kajian kualitatif untuk mendapatkan
data-data yang lebih terperinci bagi melengkapkan kajian. Hasil kajian ini pengkaji berjaya mengenal pasti jenis dan pengaruh motif ukiran kayu serta keunikan yang terdapat pada rumah Demang Abdul Ghani. Oleh itu, pengkaji berharap kajian ini dapat menjadi rujukan tentang motif ukiran kayu dan rumah Demang Abdul Ghani untuk mereka yang ingin mengetahui lebih lagi tentang motif ukiran kayu dan rumah Demang Abdul Ghani. |
|---|
