Keistimewaan Atap Singgora Sebagai Produk Warisan Tempatan Yang Memberi Impak Kepada Sosioekonomi Masyarakat Setempat

Penutup bumbung tanah liat adalah salah satu ciptaan terawal dalam tamadun manusia. Penutup bumbung tanah liat melindungi manusia daripada hujan, panas matahari dan hidupan liar. Namun, disebabkan adanya penutup bumbung moden seperti zink, asbestos, tanah liat berlapis dan sebagainya, bangunan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Syatirah Binti Mohd Shaibi
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:en
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3740/1/NUR%20SYATIRAH%20BINTI%20MOHD%20SHAIBI.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3740/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penutup bumbung tanah liat adalah salah satu ciptaan terawal dalam tamadun manusia. Penutup bumbung tanah liat melindungi manusia daripada hujan, panas matahari dan hidupan liar. Namun, disebabkan adanya penutup bumbung moden seperti zink, asbestos, tanah liat berlapis dan sebagainya, bangunan yang menggunakan bumbung singgora khususnya di Kelantan mengalami kepupusan dan permintaan terhadap bumbung singola berkurangan. Akibatnya, bilangan pengusaha dalam membuat bumbung singgora semakin berkurangan, dan mereka beralih kepada sektor pertanian seperti sawah padi, sayur-sayuran dan tembakau, yang dijangka lebih bermanfaat. Pengkaji akan mengenal pasti masalah dalam kajian supaya kajian dapat dijalankan secara metodologi dengan matlamat yang ingin dicapai. Penulisan kajian ini akan memfokuskan kepada persoalan kajian dengan mengenal pasti ciri-ciri bumbung singgora berdasarkan persepsi masyarakat setempat. Pengkaji juga akan mengkaji punca kepupusan atap singgora yang merupakan sumber ekonomi masyarakat terdahulu dan mencadangkan kaedah pemeliharaan terhadap perusahaan atap singgora bagi kelestarian produk warisan tempatan. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kualitatif seperti kajian lapangan, temubual dan pemerhatian untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan atap singgora. Menerusi jangkaan dapatan kajian mengenai keistimewaan atap singgora ini dapat digali dan memperkasa atap singgora dengan memasuki dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa melalui kajian selaras dengan metodologi yang diambil. Hal ini dapat dikukuhkan dengan beberapa kajian lepas daripada penyelidik melalui kajian yang dilaksanakan.