Keunikan Seni Bina Rumah Kutai Di Kawasan Pasir Salak, Perak.
Kajian tertumpu kepada rumah tradisional Perak iaitu Rumah Kutai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keunikan dan keunikan seni bina yang terdapat di Rumah Kutai, mengenal pasti faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat pada masa kini, dan mengenal pasti langkah-langkah memelihara tempat...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Undergraduate Final Project Report |
| Language: | en |
| Published: |
2022
|
| Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3722/1/Nur%20A%27adilah%20Abu%20Hanifah.pdf http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3722/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian tertumpu kepada rumah tradisional Perak iaitu Rumah Kutai. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keunikan dan keunikan seni bina yang terdapat di Rumah Kutai, mengenal pasti faktor Rumah Kutai kurang diminati masyarakat pada masa kini, dan mengenal pasti langkah-langkah memelihara tempat kutai. Kajian ini tertumpu di sekitar Pasir Salak, Perak. Kawasan Pasir Salak mempunyai beberapa buah Rumah Kutai yang masih kukuh sehingga kini. Namun kajian ini tertumpu kepada Rumah Kutai milik Kak Wok. Rumah ini merupakan rumah tertua di sekitar Pasir Salak, Perak. Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kualitatif: kaedah tinjauan, pemerhatian, temubual, dan kaedah perpustakaan. Hasil kajian melalui pemerhatian dan
temubual menunjukkan Rumah Kutai mempunyai keunikan dari segi seni bina. Bagaimanapun, Rumah Kutai itu diancam kepupusan kerana masyarakat tidak sedar akan nilai dan kepentingan rumah tradisional itu. Justeru, pelbagai kaedah meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewujudan dan kepentingan yang terdapat di Rumah Kutai ini. Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang Rumah Kutai. |
|---|
