Adat Ngulit Dalam Masyarakat Kaum Orang Iban Di Sarawak. Kajian Kes: Tuai Rumah Lenus, Nanga Ranan, Kanowit

Penelitian kajian ini merupakan kajian berdasarkan di kawasan rumah panjang Tuai Rumah Lenus, Nanga Ranan, Kanowit yang bertujuan untuk mengetahui bagaimana adat ‘ngulit’ atau adat kematian dilaksanakan di kawasan rumah panjang tersebut selain bertujuan mengkaji pantang larang yang diamalkan oleh pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anak Ruyan, Alextha Belawan
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:en
Published: 2022
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3648/1/ALEXTHA%20BELAWAN%20ANAK%20RUYAN%20C18A0032.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/3648/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penelitian kajian ini merupakan kajian berdasarkan di kawasan rumah panjang Tuai Rumah Lenus, Nanga Ranan, Kanowit yang bertujuan untuk mengetahui bagaimana adat ‘ngulit’ atau adat kematian dilaksanakan di kawasan rumah panjang tersebut selain bertujuan mengkaji pantang larang yang diamalkan oleh penduduk rumah panjang tersebut sepanjang tempot adat ‘ngulit’ ini dilaksanakan. Selain daripada itu, kajian yang dijalakan ini dapat membincangkan langkah pemeliharaan dan pengekalan adat ini dalam masyarakat Iban di kawasan rumah panjang Tuai Rumah Lenus, Nanga Ranan, Kanowit Sarawak. Tiada sumber yang jelas yang dapat menyatakan kewujudan asal usul masyarakat Iban. Akan tetapi, melalui tradisi lisan masyarakat Iban yang diceritakan dari mulut ke mulut yang diturunkan dari generasi ke generasi mempercayai bahawa kewujudan asal usul masyarakat Iban bermula di sebuah tapak yang dikenali sebagai Tampun Juah. Ini kerana banyak bukti kewujudan sebuah kerajaan Dayak purba dibawah pemerintahan ‘Orang Panggau Libau’ (Dewa Dewi Masyarakat Iban) ribuan tahun yang lalu. Tapak ini berdekatan sempadan Kampung Mongkos Serian Sarawak dan Kampung Segumon Kalimantan Barat. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kualitatif dengan menggunakan teori pendekatan moral. Kajian ini juga menggunakan kaedah pengumpulan data melalui temubual, data primer, data sekunder dan persampelan ‘snowball’. Hasil daripada data yang diperolehi membolehkan pengkaji mengetahui dengan lebih mendalam mengenai adat ini. Pada akhir bab ini, pengkaji akan menjelaskan pandangan dan cadangan kepada beberapa pihak khusunya dalam melestarikan adat ‘ngulit’ ini terus dipertahankan.