Lentera Hikmah Naib Canselor #14: Menjulang UMK ke peringkat dunia: Pengantarabangsaan yang holistik

MENJULANG UMK KE PERINGKAT DUNIA : PENGANTARABANGSAAN YANG HOLISTIK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang saya kasihi. UMK telah memperkukuhkan kedudukan sebagai destinasi p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arham Abdullah
Format: Corporate Memory
Language:en
en
Published: 2025
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15232/1/BANNER%20LH%2314.jpg
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15232/2/LENTERA%20HIKMAH%20%2314.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15232/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:MENJULANG UMK KE PERINGKAT DUNIA : PENGANTARABANGSAAN YANG HOLISTIK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia MADANI, dan Salam UMK4U, 1 Hati 1 Jiwa kepada seluruh warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang saya kasihi. UMK telah memperkukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelajar antarabangsa melalui inisiatif yang lebih agresif bagi mempromosikan UMK sebagai universiti yang berteraskan keusahawanan. Rekod terkini menunjukkan seramai 470 orang mahasiswa antarabangsa daripada 19 buah negara sedang melanjutkan pengajian di UMK. Usaha melonjakkan nama UMK di persada antarabangsa juga telah dilaksanakan menerusi pelantikan 12 orang pakar rujuk tersohor antarabangsa yang terdiri daripada 7 orang Profesor Adjung daripada Amerika Syarikat, Taiwan, Nigeria, Sepanyol, Kazakhstan, Arab Saudi, dan Maldives, serta 5 orang Profesor Pelawat daripada United Kingdom, Canada, Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Sebagai contoh, menerusi pelantikan Prof. Dr. Alun Williams dari Cambridge University, United Kingdom telah berjaya mempromosikan Fakulti Perubatan Veterinar UMK di persada dunia selain berkongsi kepakaran dan pengalaman beliau bersama ilmuwan tanah air dengan menggunakan kaedah pengembangan jangkauan pengaruh orang yang dilantik. Dalam konteks pengantarabangsaan kurikulum, MGSEB sedang melengkapkan permohonan akreditasi antarabangsa daripada ABEST21 International. Manakala 10 program pengajian prasiswazah akan memohon akreditasi daripada 5 badan akreditasi antarabangsa. UMK juga telah menggiatkan program mobiliti antarabangsa bagi mahasiswa di mana seramai 128 orang mahasiswa dari Thailand, Indonesia, Bangladesh dan India telah mengikuti program mobiliti inbound di UMK manakala 5 orang mahasiswa UMK telah menyempurnakan program mobiliti outbound di India. Bagi memperkukuh keterlihatan (visibility) UMK di peringkat antarabangsa, UMK telah berjaya menjalin kolaborasi dengan sembilan (9) institusi antarabangsa. Rentetan daripada itu, jawatankuasa task force khas telah ditubuhkan untuk merancang secara sistematik dan strategik bagi melebarkan sayap UMK di tiga (3) negara yang telah dikenalpasti iaitu di Indonesia, Thailand dan China. Dalam konteks kolaborasi penyelidikan antarabangsa pula, UMK telah bekerjasama dengan dua buah universiti luar negara bagi dua projek iaitu projek Bioleaching Process Of Rare Earth Elements (REEs) In Ion Adsorption Clay (IAC) from Kelantan, Malaysia As An Alternative Toward Green Mining Environment (University of South Wales, United Kingdom) dan projek kedua pula Assessment of Anatomical And Micropropagation Of Curcuma Sumatrana MIQ. (ZINGIBERACEAE) Through Rhizome Bud (Universitas Andalas, Indonesia) Semua strategi dan inisiatif ini akan dipusatkan di bawah kelolaan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi memastikan gerakerja yang lebih terarah, bersinergi dan berimpak tinggi. Sekian, terima kasih. Ikhlas daripada; Arham Abdullah Naib Canselor