Rumah Kelantan Tiang 12 : Sebuah Perjuangan Memartabatkan Warisan

Buku Rumah Kelantan Tiang 12: Sebuah Perjuangan Memartabatkan Warisan adalah sebuah dokumentasi yang amat berharga kepada pencinta warisan Alam Melayu kerana Rumah Kelantan Tiang 12 ini adalah antara yang masih mampu diperlihatkan kepada generasi muda serta pengkaji seni bina Melay...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Johan Ariff Ismail
Format: Book
Language:ms
Published: Penerbit Universiti Malaysia Kelantan 2024
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15108/1/Rumah%20%20Tiang%20%2012%20pdf.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/15108/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Buku Rumah Kelantan Tiang 12: Sebuah Perjuangan Memartabatkan Warisan adalah sebuah dokumentasi yang amat berharga kepada pencinta warisan Alam Melayu kerana Rumah Kelantan Tiang 12 ini adalah antara yang masih mampu diperlihatkan kepada generasi muda serta pengkaji seni bina Melayu Kelantan. Ia dibina pada tahun 1870 di pinggir Sungai Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Menuang yang terkenal sebagai lokasi pembuat tembaga di Kelantan. Memiliki buku ini adalah umpama memasuki sebuah gapura 150 tahun lampau kerana di dalamnya penulis turut berkongsi warisan hidup dan elemen-elemen warisan yang terkait dengan sesebuah struktur rumah yang menjadi titik mula sebuah kehidupan orang Melayu Kelantan pada waktu tersebut. Apa yang menariknya ialah lokasi asal rumah yang berhampiran dengan Masjid Muhammadi, Pasar Lama Kubang Pasu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar ditambah lagi ia bertentangan dengan Masjid Lama Kampung Laut di seberang sungai. Secara langsung lokasi asalnya mempengaruhi kepada pelbagai cerita warisan sejarah yang cukup berharga kepada Rumah Kelantan Tiang 12 ini.