Gaya bahasa dan teknik penulisan dalam novel Magis karya Ramlee Awang Murshid: satu penelitian teori stilistik

Novel merupakan karya sastera yang diciptakan hasil imaginasi dan penghayatan pengarang terhadap masyarakat. Kajian ini merupakan tentang gaya bahasa dan teknik penulisan dalam novel Magis karya Ramlee Awang Murshid. Ekoran daripada itu, pernyataan masalah membuktikan novel Magis karya Ramlee Awang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Nur Akmal binti Wan Ismail
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:en
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13027/1/WAN%20NUR%20AKMAL%20BINTI%20WAN%20ISMAIL%20C19A0839.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/13027/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Novel merupakan karya sastera yang diciptakan hasil imaginasi dan penghayatan pengarang terhadap masyarakat. Kajian ini merupakan tentang gaya bahasa dan teknik penulisan dalam novel Magis karya Ramlee Awang Murshid. Ekoran daripada itu, pernyataan masalah membuktikan novel Magis karya Ramlee Awang Murshid jarang dijadikan satu kajian yang berbentuk ilmiah. Selain itu, penggunaan bahasa yang digunakan oleh Ramlee Awang Murshid terlalu berat bagi pelajar sekolah rendah dan menengah. Terdapat dua objektif di dalam kajian ini, yang pertama mengenalpasti penggunaan gaya bahasa yang terdapat dalam Novel Magis karya Ramlee Awang Murshid dan yang kedua menganalisis teknik penulisan pengarang Novel Magis karya Ramlee Awang. Selain itu, metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif iaitu memaparkan kaedah kepustakaan dan analisis tekstual. Dalam pada itu, pengkaji menggunakan teori Stilistik bagi memperkukuhkan lagi kajian ini. Hasil dapatan kajian yang diperolehi, terdapat banyak gaya bahasa dan teknik penulisan yang boleh ditemui dalam novel Magis (2013) karya Ramlee Awang Murshid.