Analisis teguran politik semasa berdasarkan novel Naratif Ogonshoto Karya Anwar Ridhwan: satu kajian penelitian melalui teori sosiologi

Kajian ini merupakan perbincangan tentang analisis teguran dan bentuk sindiran politik semasa dalam sistem pentadbiran. Analisis mengkhusus pada ungkapan yang terdapat dalam teks karya yang digunakan iaitu novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan (2014) Sasterawan Negara Malaysia ke-10. Oleh itu,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adley Slaus Stenly
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:ms
Published: 2023
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12903/1/ADLEY%20SLAUS%20STENLY.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/12903/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan perbincangan tentang analisis teguran dan bentuk sindiran politik semasa dalam sistem pentadbiran. Analisis mengkhusus pada ungkapan yang terdapat dalam teks karya yang digunakan iaitu novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan (2014) Sasterawan Negara Malaysia ke-10. Oleh itu, teori interaksionisme simbolik yang terdapat dalam teori sosiologi digunakan sebagai suatu panduan untuk menganalisis makna terhahap ungkapan yang digunakan sebagai simbol atau perlambangan kepada sifat-sifat pemimpin dalam sistem pentadbiran politik semasa. Hal ini demikian, makna dan kebenaran yang ada dapat diungkap secara utuh dan menyeluruh berdasarkan perlambangan atau simbol yang digunakan memberi perkaitan sifat yang sama dengan suatu perwatakan manusia. Selain itu, kajian ini juga akan menyerlahkan kekreatifan pengarang tempatan yang mempunyai ciri tersendiri dalam menggarapkan suatu perlambangan dan simbol untuk mengungkapkan sindiran terhadap pemimpin khusus dalam politik semasa yang dianggap sebagai isu sensitif serta terlarang bagi pihak pemerintah dalam sesebuah sistem pentadbiran negara pada masa kini.