Golongan mangsa banjir di Malaysia: Antara perluasan tafsiran asnaf Fi-Sabilillah dan Ibn al-Sabil

Banjir merupakan bencana alam yang terjadi secara tahunan di Malaysia. Ia berlaku sama ada dalam skala kecil, sederhana, dan besar. Berdasarkan skala yang berbeza ini, ia menimbulkan kesan berlainan terhadap manusia dan alam sekitar malah turut mencetuskan implikasi hukum fiqh yang berbeza. Dalam si...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ramli, M.A., Wahid, H.A., Hamdan, M.N., Zulkepli, M.I.S.
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/18552/1/zakat_banjir.pdf
http://eprints.um.edu.my/18552/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Banjir merupakan bencana alam yang terjadi secara tahunan di Malaysia. Ia berlaku sama ada dalam skala kecil, sederhana, dan besar. Berdasarkan skala yang berbeza ini, ia menimbulkan kesan berlainan terhadap manusia dan alam sekitar malah turut mencetuskan implikasi hukum fiqh yang berbeza. Dalam situasi banjir yang sederhana dan besar, berlaku proses pemindahan ke pusat pemindahan, terputus bekalan makanan, kerosakan infrastruktur dan kediaman, kematian binatang ternak dan kerosakan tanaman. Kesannya, ketika banjir berlaku, mangsa terputus hubungan dan bekalan di samping diancam kelaparan, manakala pasca banjir, mangsa mengalami kerosakan harta benda, kerugian dan kehilangan sumber pendapatan. Dalam situasi ini, peranan zakat sebagai satu mekanisme jaminan sosial (takaful ijtima'i) dapat membantu meringankan bebanan mangsa banjir sebagai bantuan segera dan jangka pendek. Namun begitu, tiada peruntukan khusus kepada mangsa banjir di bawah asnaf tertentu, sebaliknya institusi zakat negeri cenderung meletakkan di bawah bantuan bencana secara umum. Sehubungan itu, kajian ini menggabungkan antara pendekatan kepustakaan dan temubual bagi pengumpulan data. Data kualitatif telah dianalisis untuk menjelaskan tentang kategori banjir yang berlaku dan implikasinya terhadap penentuan asnaf yang sesuai dengan keadaan mangsa banjir. Hasil kajian mendapati, penentuan mangsa banjir sama ada termasuk dalam kategori asnaf ataupun tidak, dapat dilihat dalam jenis banjir, kategori mangsa banjir dan situasi banjir berlaku. Ketika banjir berlaku, pengkaji mencadangkan mangsa banjir diletakkan di bawah asnaf ibn sabil. Ini kerana dalam keadaan banjir sederhana dan besar, mangsa banjir terputus bekalan dan ditempatkan di pusat perlindungan. Bantuan ini dapat memayungi semua kategori mangsa banjir sama ada fakir miskin mahupun kaya. Sedangkan dalam situasi pasca banjir, mangsa banjir diletakkan di bawah kategori asnaf faqir dan miskin layak mendapat peruntukan di bawah asnaf terbabit sekiranya mereka secara asalnya dalam keadaan tersebut, begitu juga dengan al-gharimin apabila dalam keadaan berhutang akibat bencana banjir. Manakala baki mangsa banjir yang lain boleh diletakkan di bawah asnaf fi sabilillah, iaitu bantuan secara hangus (one-off) yang melibatkan bantuan sosial kepada pihak-pihak tanpa mengira latar belakang bagi meringankan bebanan dan traumatik pasca banjir. Justeru tindakan generalisasi kategori asnaf akan menimbulkan ketidak adilan kepada mangsa banjir yang tidak berada dalam kategori terbabit.