Oksidentalisme dalam sastera di Malaysia selepas merdeka

Kajian bersifat sejarawi ini akan menelusuri perkembangan sastera di Malaysia yang membincangkan nilai Barat sejak merdeka sehingga era Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Sebagai negara pascakolonial, Malaysia telah menerima pengaruh Barat dalam segenap aspek kehidupan, dan ekoran daripada itu pengara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahamad, M.S.
Format: Conference or Workshop Item
Language:en
Published: 2009
Subjects:
Online Access:http://eprints.um.edu.my/10988/1/Saleeh.doc
http://eprints.um.edu.my/10988/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bersifat sejarawi ini akan menelusuri perkembangan sastera di Malaysia yang membincangkan nilai Barat sejak merdeka sehingga era Perdana Menteri Tun Hussein Onn. Sebagai negara pascakolonial, Malaysia telah menerima pengaruh Barat dalam segenap aspek kehidupan, dan ekoran daripada itu pengarangnya tidak terlepas daripada kesan yang sama lalu menuangkan persepsi mereka dalam karya. Situasi ini merupakan perspektif dalam teori sosiologi sastera, yakni hubungan antara pengarang sastera dengan masyarakat tidak dapat dipisahkan. Pengarang, sama ada akan berbicara mewakili suara masyarakatnya mahupun berbicara secara individual, akan mengemukakan persepsinya tentang sesuatu yang mendesak dalam masyarakat atau negaranya. Kajian historikal ini akan memperlihatkan corak oksidentalisme (wacana tentang Barat) dalam karya sastera. Permasalahan ini adalah soalan lazim dalam kajian pascakolonial kerana dalam wacana Orientalisme oleh Edward Said, Barat telah mengkonstruksikan Timur dalam karya mereka secara discursive dan esensialis di samping mendefinisikan Barat sebagai bandingannya yang dikotomis. Dalam konteks Malaysia, setelah kolonialisme berakhir, bagaimana pula pengarang Timur mengkonstruksikan Barat? Persoalan ini akan cuba dijawab dalam bentuk yang umum bagi memaparkan wajah oksidentalisme dalam sastera di Malaysia selepas merdeka.